Viral
” Bila perasan Tokti tengok, terus saya diam. Malu ye kawan-kawan, malu sangat.. ” – Pemilik suara misteri
Video penjelasan pemilik suara wanita g menjerit di konsert Beraya Dengan Saya Dato’ Seri Siti Nurhaliza curi perhatian warganet. Oh ini tuan punya suara yang menjerit tu. Ini penjelasan sebenar apa yang berlaku pada ketika itu..
Ketika berlangsungnya Pentas Ekslusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya Dato’ Seri Siti Nurhaliza di Zepp Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu, tular satu video yang memaparkan reaksi DS Siti terperanjat ketika mendengar nyanyian daripada salah seorang penonton di hadapannya.
Suara seorang wanita menyanyi seperti menjerit menarik perhatian ramai dan video itu mengundang ketawa warganet. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ehwana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan empunya suara jeritan tersebut.
Menurut wanita ini, dia membesar dengan lagu-lagu DS Siti dan begitu teruja dapat melihat DS Siti menyanyi secara berdepan sebegini. Dek kerana keterujaannya itu yang menyebabkan terkeluar sedikit ‘jeritan’ ketika lagu Nazam Lebaran dinyanyikan.

Tambah wanita ini lagi, pada ketika itu dia tidak memandang tepat ke arah DS Siti, tetapi memandang ke arah penari yang viral mengiringi persembahan DS Siti sambil menyanyi. Ketika menyedari DS Siti melihat gelagatnya itu, wanita tersebut terus memperlahankan suaranya. Ianya pengalaman yang memalukan dan wanita ini meminta kemaafan dari semua yang terganggu dengan nyanyiannya itu.
Jom tonton video di bawah :
@ehwana maaf hehe excited jeee lagu raya @Siti Nurhaliza mmg palingggg fav🥹🥹🥹 and hehehe @Aisharetno , takpe saya tak perlu strepsils so far🙏🏼👀💕 #berayadengansayasitinurhaliza #sitinurhaliza #aisharetno #sitizoner #fyp
♬ Funny video “Radetzky March” Laid back style(1687882) – yo suzuki
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yeahhhh aku boleh tido mlm ni. Jumpa gak si empunya suara misteri.. reaction kite same tok ti. tanjatttt.. tapi as long as you enjoy sis. no harm to others.. “
” Tapi kenapa tak sakit tekak. hahaha kau ni smpai skrg aku mengilai ikut saka kau haha.. kau memang havoc kak.. gempak.. “
” Akhirnya boleh suda tenang, sudah jumpa empunya suara… semoga ada lagi next trip dia… terima kasih kerana menghiburkan kami secara tak langsung, you made our day.. “
” Pengakuan yang berani dan jujur. awak rupanya si suara misteri yang buat tokti terkejut beruk haha.. “
” You do you. You bayar ticket konsert, you nak nyanyi, enjoy sing along is up to you. Asalkan tak menggangu. Tapi your voice jerit tu memang lawak. Tok Ti & Aishah Retno pun terkejut.. “
” Finally jumpa jugak awk.. kita suka tau.. stiap kali video lalu mesti dekah ketawanya.. kita cuma nak cakap, awak memang best. kelakar okey.. “
” Ooo ini orangnya haha.. Terkeluar “sikit” je kak? haha asalkan you happy ye kak..kitorang pun enjoy dengar suara sikit akak tu.. popular ok…yg penting dpt perhatian dr tokti n aisha retno.. “
Akhirnya terjawab sudah siapa gerangan empunya suara yang memeranjatkan Biduanita Negara dengan suara menjeritnya itu. Apa yang penting, jeritannya itu menghiburkan warganet yang menonton video viral tersebut. Semoga konsert DS Siti akan datang boleh dengar lagi jeritan misteri ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ehwana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

