Artis / Selebriti
” Bijak betul, petah bercakap. Alisa boleh buat YouTube channel sendiri ni.. ” – Netizen
Video Alisa Aisyah Membuat ‘House Tour’ Penginapan Ketika Bercuti Di Dubai Raih Perhatian Ramai. Wah, Bijaknya Alisa Berkata-Kata. Setiap Sudut Alisa Tinjau. Cantik Sungguh Pemandangan Dari Beranda Rumah !!
Meninjau ke akaun Instagram Alisa Aisyah, perkongsian sebuah video yang memaparkan Alisa Aisyah membuat ‘ ‘house Tour’, rumah penginapan percutian mereka di Dubai, Emiriah Arab Bersatu telah meraih perhatian ramai orang.
Pada ketika itu, pasangan selebriti iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama dua cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah berada di Dubai sedang bercuti. Video yang berdurasi beberapa saat ini ketika pertama kali mereka menginap masuk ke rumah tersebut.
Teruja melihat keindahan rumah tersebut, Alisa meninjau di segenap ruang rumah tersebut sambil bercerita. Lebih mengujakan ialah pemandangan dari beranda rumah yang sangat cantik dan indah. Pemandangan tersebut dilihat dari tingkat rumah yang begitu tinggi.

Turut dikongsikan ialah video ketika suasana pagi dari beranda rumah yang mana ia dipenuhi dengan awan. Terasa seperti berada di alam kayangan sahaja. Wah, bertuah sungguh Alisa dan Yusuf dapat merasai percutian yang indah dan mewah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kepetahan Alisa berkata-kata. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Dlm family diaorang ni kira2 hairul saja lh yg melayu kn.. yg lain smua english.. mmg anak kedua macam tu. nak kena tengok apa yg dia tunjuk. pokoknya kena dengar lah.. “
” Bapaknya comel balas bhasa melayu.. Hahaha hujung2 tu Alisa tiru abg dia punya statement ek.. Alhamdulillah.. bertuah anak2 nie.. murah rezeki dema.. “
” Alisa style rambut dah mcm anak daraaa dahhh..cepatnyaa awk besarrr.. Staycation dorang tu rasanya mcm same building dgn tempat anak Azah Aziz yg duduk kat Dubai tu jerk… “
” Bijak betul.petah berckp.. Alisa dh boleh buat youtube channel sendiri ni.. Enjoy your holiday Alisa sayang.. alisa tanak jadi blogger macam mommy ke? “
” Kenapa cepat nau besar mcm teenagers jer “Oh my God jer words yang keluar” Ghindu awak yg cheeky2 dulu tu lah thealisaaisyah .. “
” Eeeiiii comellllll.. geram auntie mulut becok.. pandainya.. mkin besar makin comey mcm mama awak.. Bestnya awak alisa.. “
” The highest building in the world, oh my god.. cerdikkk naaa thealisaaisyah.. Enjoy ur holiday guys. Good girl alisya. Btw rumah mommy lagi vass dari hotel ni alisya .. “
Wah, makin besar makin petah Alisa berkata-kata. Alisa ada bakat untuk menjadi seorang Youtuber lah. Mestilah Alisa mewarisi bakat dari mummy yang dahulunya dikenali sebagai seorang blogger. Selamat bercuti buat Alisa sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alisa Aisyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

