Artis / Selebriti
” Betul la yang nampak kasar gengster ni, manja sebenarnya.. ” – Komen Netizen
Video Erra Fazira menerima satu kejutan sempena hari lahirnya raih perhatian ramai. Wah betul-betul terkejut Erra. Datuk Yusof Haslam pun ada. Mr E pun pandai berkomplot sama. Comel sangat reaksi Erra..
Erra Fazira diberikan gelaran Primadona Filem Melayu oleh peminat seni tanahair. Tanggal 9 Februari genap lah usia Erra yang ke 52 tahun. Sekali pun sudah berusia, namun kecantikan Erra tidak pernah luntur dan sentiasa kelihatan muda di mata peminat.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erra menerima satu kejutan sempena ulangtahun kelahirannya itu. Ianya turut disertai oleh producer terkenal yang memperkenalkan Erra dalam industri, Datuk Yusof Haslam.
Erra tidak dapat menghidu adanya kejutan untuknya yang dirancangkan oleh suami dan produksi. Ketika Erra melangkah masuk, suasana masih sunyi dan agak suram. Seketika selepas itu, kedengaran suara semua menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ untuk Erra.

Reaksi Erra ketika menyambut kek hari lahirnya itu meraih pujian warganet. Comel sahaja cara Erra menghargai dan mengucapkan ucapan terima kasih. Warganet juga memuji cara Erra memadamkan api lilin yang dipasangkan pada kek hari lahirnya itu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Comel betul cara dia cakap eh,.. betul la yg nmpak kasar gengster ni manja sebenarnya.. happy birthday kaka erra.. yang baik2 saja utk kamu Dunia akhirat.. “
” Barakallah Fii Umrik..my abg Yusuff always make people happy.. Allahumma Barik.. Always pretty even sempoi, Happy Birthday sis Erra cantik geng Aquarius.. “
” Dia punya terima kasih tu cute betul.. comel je tengok Erra padamkan api lilin tu.. Contoh yg baik tk yah tiup lilin .. kipas guna tangn je.. “
” Haha dengan kasut tak dan pakai betul-betul lagi.. sempoi betul primadona, tak makeup pun dah cantik.. Happy birthday Erra Fazira.. “
” Happy birthday sis era semoga berbahagia selalu bersama org yg tersyg dan semoga di berkati dunia akhirat Aaminn ya Allah.. sis era ni rupanya manja sangat orgnya.. “
” Comel je gaya Erra, love it.. wah ada datuk yusof haslam.. Selamat hri jasi yang ke dotdotdot…. nmbr tu angka je. Janji nk maintain sihat happy understanding serasi jodoh yang tepat apatah lgi ada En E slalu dsamping E kannn.. “
” Erra tak dimamah usia langsung, comel reaksi Erra berterima kasih kepada semua tu.. pandai semua berpakat, dengan mr e sama berkomplot hehe.. “
Erra bertuah kerana kehidupannya dikelilingi insan-insan yang baik dan sangat menyayangi dirinya. Selamat ulangtahun kelahiran Erra Fazira daripada kami di Berita Kopak. Semoga terus berbahagia bersama suami tercinta dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasi Onz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen

