Artis / Selebriti
” Betul ke Amayan terpaksa buat live dengan Papa ? ” – Staff Kunafa Aiwahhh
Video jawapan Ammar Ahyan apabila ditanya soalan betul ke Amayan terpaksa buat live dengan Papa Laris buat ramai terhibur. Adui Amayan, betul-betul terpaling jujur ni. Dah macam sesi luahan perasaan lah pulak. Respon pasal rambut kena gunting tu pun lawak, haha..
Ammar Ahyan anak sulung Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida yang dahulunya seorang yang introvert dan pemalu untuk ke depan kini jauh berbeza. Ammar mencipta fenomenanya yang tersendiri dan ianya bermula sejak Dato’ Aliff melatih dan ‘memaksa’ Ammar untuk membuat live menjual produk.
Nama Ammar kini menjadi sebutan dan satu keunikan yang ada pada anak bujang Dato’ Aliff ini adalah sifatnya yang jujur dan tidak pandai menipu. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kunafa Aiwahhh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan staff Kunafa Aiwahhh menemubual Ammar ketika sesi photoshoot sedang berjalan.
Soalannya adalah mengenai soalan yang selalu menjadi tanda tanya warganet sama ada Ammar terpaksa membuat live bersama papanya atau tidak. Jawapan yang diberikan oleh Ammar mencuit hati warganet dan ianya lebih menjurus kepada luahan perasaan Ammar.

Kejujuran yang Ammar tunjukkan itu membuatkan warganet teruja dan kagum. Bagus sungguh asuhan Dato’ Aliff dan Datin Shahida ini sehinggakan Ammar boleh berperangai sebegini. Walaupun Ammar menjawabnya dengan intonasi dan riak wajah yang serius, namun tetap membuat warganet terhibur kerana ayatnya itu mencuit hati.
Jom tonton video di bawah :
@kunafa.aiwahhh Pagi kurang ikhlas 🤣🤣 #kunafaaiwahhh #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia bukan jujur tapi so details haha.. Sebabtu papa gunting rambut amayan haritu kan.. amayan mampu menjeling je.. “
” Kejujurannya tak boleh bawa bincang haha.. Bagus ni kahwin nanti tak pandai menipu bini.. lurus boleh jadi YB.. jadikanlah dia wakil rakyat 1 hari nanti.. sbb budak ni mmg jujur dan takkan menipu.. “
” Amayan jawab pun macam ikhlas tak ikhlas haha.. Owh tahu dah kalau pagi kurang ikhlas haha.. paling jujur dalam dunia, terbaik tapi lucu.. “
” Yang lain jujur pulak HAHAHA.. dh tnya perasaan kena gunting rambut takut,, Dia tak mampu nak jawab. mungkin takut kena marah dgn bapaknya kot.. “
” Papa dengar tu apa Amayan cakap.. jujur sangat anak papa ni.. jujur salah tak jujur pun salah.. Amayan Amayan, kurang ikhlas tu memang tak boleh blah ayatnya.. “
” Terpaling jujur, papa dia dengar tak ni luahan Amayan hehe.. Pagi pagi kurang ikhlas tu.. kalau malam-malam tu saya ikhlas tolong haha.. “
” Haha jujur betul ye Amayan.. kalau pagi pagi kurang ikhlas.. Amayan memang tak boleh corner baring ke, lurus sungguh.. “
Terhibur warganet mendengar luahan hati yang tulus ikhlas daripada Ammar ini. Betul-betul jujur dan tidak berselindung Ammar ini. Semoga luahan hati Ammar ini didengari oleh Dato’ Aliff dengan tenang dan hati terbuka. Ingat tu Papa Laris, pagi kurang ikhlas ye, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kunafa Aiwahhh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen


