Viral
” Betapa bangganya ayahnya, walaupun hati pedih melepaskan anak tercinta.. ” – Komen Netizen
Video bapa kepada insan hebat, arwah Nurly Shahirah bercerita mengenai ketika melihat jenazah Nurly buat ramai yang sebak. Walaupun sangat sedih, raut wajah ayah Nurly sangat tenang bercerita..
Meninjau di akaun TikTok milik seadapseani,Β telah dikongsikan video temubual bersama ayah arwah Nurly Shahirah iaitu salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik beberapa hari lalu.
Menerusi video itu, bapa Nurly yang bernama Azman Mohamad menceritakan keadaan Nurly ketika pasukan bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan arwah selepas kemalangan. Kata Azman, pihak polis ada memberitahunya yang Nurly ditemui dalam keadaan sedang memeluk Al-Quran.
Ketika pasukan penyelamat mahu mengambil Al-Quran daripada pelukan Nurly, dikatakan pelukannya begitu kuat meskipun ketika itu Nurly sudah pun tiada. Kata Azman lagi, ketika di balai polis, dia hanya meminta Al-Quran milik Nurly untuk dibawa pulang.

Selain itu, Azman ada bercerita keadaan jenazah Nurly ketika sudah dikafankan. Perkongsian video ini telah mengundang sebak dan rasa terharu warganet. Ramai yang menyifatkan Azman seorang yang ayah yang kuat serta tabah meskipun ketika ini dia sudah kehilangan anaknya.
Tonton video di bawah ini :
@seadapseani Sedikit perkongsian bapa kepada insan hebat arwah Nurly Sahirah.. #seadapseanimalikakitchen #kemalanganbasupsi #CapCut
β¬ original sound – π§ Lirik Pendek β – Nami Abaya Exclusive HQ
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh diberikan oleh warganet dan ramai yang turut menitipkan kata-kata serta doa buat arwah Nurly. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Betapa bangganya ayahnya, walaupun hati pedih melepaskan anak tercinta.. Tp org2 beriman nih dia redha dgn ujian Allah..
” Disebabkan Nurly, sy rsa sy nk dekatkn diri sy dgn quran, byk pahala dia sbb buat org ramai sedar betapa pentingnya mencintai agama dan taat kpd Allah.. “
” Kalau ikut keadaan bus, mmg kuat impact. Tp mcm mana dia x lepas al quran tu. Sumpah la dia insan terpilih. Bukan senang nak masuk syurga kan. Bertuah ibu bapa dia, dpt anak sebaik baik. Moga bertemu disyurga.. “
” Sebb tu ayah diaboleh reda begini.. sebb dia tahu anak dia tak kosongβ¦ Akan tarik die ke syurgaβ¦ Pakcik, hebatye pakcik boleh terima dan boleh seredha ni pakcik.. “
” Innalillahnawainnahirojiun… Beruntunglah adik nurly..dalam dakapan al quran.. Syurga buat mu dik… Berbahagialah bermain main di taman syurga dik… Mulia kematian mu dik.. “
” Berdiri bulu roma kisah awak Nurly.. Akak doakan semoga Nurly ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan masuk ke syurga tanpa hisab.. “
” Masyaallah syabas ayah, ayah dah berjaya didik anak ayah sehingga kini.. Insyaallah anak ayah akan pinpin tangan ayah sekeluarga ke syurga kelak.. Aamiin.. “
Untuk info, sepanjang hayat Nurly, arwah sudah pun menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan arwah juga menulis senaskah Al-Quran dengan menggunakan tangan untuk bagi menguatkan hafalannya. Menerusi video ini, turut dikongsikan Al-Quran tulisan tangan Nurly sendiri dan ramai yang datang ke rumahnya untuk melihat sendiri Al-Quran tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok seadapseani, mizal523
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


