Connect with us

Artis / Selebriti

” Best suara Nabila cover lagu ni. Masuk betul, suka-suka. Padu lah Nabila.. ” – Komen Netizen

Video Nabila Razali menyanyi lagu Seandainya, nyanyian asal Azharina secara akustik raih pujian warganet. Wah mantap sungguh vokal Nabila sekarang. Sesuai sangat Nabila menyanyi lagu ini, boleh terbuai-buai yang mendengarnya..

Meninjau di akaun TikTok milik mrspudingkaramel,Β telah dikongsikan video yang memaparkan video persembahan oleh penyanyi Nabila Razali. Menerusi video itu, Nabila menyanyi lagu bertajuk Seandainya, nyanyian asal oleh Azharina Azhar.

Menerusi video itu, Nabila kelihatan tidak keseorangan, nyanyian Nabila diiringi oleh beberapa orang pemain alat muzik seperti gitar dan biola. Nyanyian akustik Nabila itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan nyanyian Nabila pada kali ini didengar begitu merdu.

Bukan itu sahaja, ada yang memuji peningkatan vokal Nabila sekarang dan mengakui suara Nabila sangat sesuai membawakan lagu seperti ini.Β  Selain itu, ada peminat memuji penampilan Nabila yang semakin berseri-seri selepas bergelar seorang ibu.

Sehingga kini, video Nabila cover lagu Seandainya telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Sedap sungguh suara Nabila. Part ketika Nabila menarik tinggi suaranya itu juga meraih pujian ramai.

Ikuti perkongsian di bawah ini (tonton video penuh di hujung artikel) :

@mrspudingkaramel

Gooo dengar full dekat YT Nabilarazalientertainment now !! Link YT here : https://youtu.be/zymKfTyTHC0?si=IxRKF7Hmy0ONNY9R #nabilarazali #candlecover #coversong #cover #fyp

♬ original sound – bungalily – bungalily

@mrspudingkaramel

dengar full di yt Nabilarazalientertainment nowww !!!! make sure pakai earphones, duduk tepi tingkap , standby tisu okayy 😘 @nabila.razali #nabilarazali #candlecover #cover #coversong #fyp

♬ original sound – bungalily – bungalily

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai persembahan Nabila dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Woww, suara dia makin best lah dengar. Padu lah Nabila.. Sedap nabila cover lagu ni.. Myb Nabila sesuai lagu2 mcm ni, baru kena.. “

” Blh tahan suara Kak Nab skrg sejak2 dah jadi mak2 ni.. Kita yang dengar pun rasa terbuai2 lah.. Merdu sangat suara Kak Nab.. “

” Byk improvement dah vocal si Nabila nie… Suara dah matang.. Wpun dah jd emak2, wajah Nabila tak berubah pon. Mcm zmn ank dara jer. Mkn berseri2 npk.. “

” Rasa nya lagu2 slow memang kena dgn suara Nabila.. Kena kena kena.. Best suara Nabila cover lagu ni.. Masuk betul, suka2.. “

” Cover ini best – seandainya lagu asal Azharina.. Ingt lagu ni ingt filem Laila Isabella.. Huhu rindu pula nak tengok filem tu.. “

” Fuhh sedap lah.. Takde full lagu ni ke by Nabila Razali.. Lg sedap dia nyanyi dr yg lain sblm nih.. Lagu fav, rindunyaa zaman remaja form1/2 masa ni.. “

” Dia guna suara falseto tp tak ketara.. Sedap suara Nabila nyanyi lagu ni.. OST filem Laila Isabella kan.. Seandainya by Azharina.. “

Walaupun sebelum ini nyanyian Nabila pernah menerima pelbagai kritikan, namun hal tersebut tidak pernah mematahkan semangat Nabila. Nabila turut mengambil langkah memperbaiki nyanyiannya dengan menghadiri kelas vokal. Apa-apa pun, semoga Nabila terus maju jaya dalam bidang seni suara dan segala urusan Nabila juga dipermudahkan.

Tonton video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber :TikTok mrspudingkaramel, YouTube Nabila Razali Entertainment

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Probiotic terbaik..
Skintific Lip Serum

Trending

Copyright Β© Berita Kopak