Artis / Selebriti
” Berkelip-kelip mata YB fikir macam mana nak jawab tanpa jadi headline berita esok, haha.. ” – Komen Netizen
Video jawapan YB Syed Saddiq ketika ditanyakan mengenai Bella buat warganet teruja. Cuak YB Saddiq hendak menjawab, takut tersasul agaknya. Reaksi muka PA Bella, Neil pun meminta je, hehe..
Apa sahaja yang berkaitan dengan Bella Astillah dan ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq menjadi sorotan media dan warganet. Pasangan ini disifatkan sebagai pasangan serasi dan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Keikhlasan YB Saddiq menerima Bella seadanya juga disenangi oleh orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Team BA’SS, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq di lokasi penggambaran Ligax. YB Saddiq yang mengenakan baju kot berwarna hitam diajukan satu soalan oleh seseorang yang berada di situ.
Soalannya berbunyi ‘ bagaimana kehidupan YB dengan Bella ‘ dan soalan ini mengundang senyuman YB Saddiq. Orang bijak seperti YB Saddiq tahu soalan sebegini ingin mengorek rahsia. YB Saddiq cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik dan jujur.

Sambil matanya memandang ke arah Bella, YB Saddiq menjawab. Neil iaitu pengurus Bella pula kelihatan cuba menahan ketawanya mendengar jawapan YB Saddiq. Bak kata Bella, Neil adalah pemegang rahsia dan banyak mengetahui rahsia Bella yang orang lain tidak tahu.
Jom tonton video di bawah :
@bellaastillahsyedsaddiq7 #bellaastillah #syedsaddiq #BASS #artismalaysia #repostedvideo #tiktoktrend #sweetcoupleBASS
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Geram betul tgok muka Neil tahan gelak.. neil tu senyum penuh makna.. Neil tahu banyak perkara, muka ada subtittle haha.. “
” Berkelip-kelip mata YB fikir macamana nak jawab tanpa jadi headline berita esok haha.. Tengah loading laju tu haha.. “
” Alhamdulillah Alhamdulillah. Baik2 sahaja hendakNYA hingga halal suami isteri, membina keluarga yg sakinah mawaddah warahmah, kekal bahagia hingga ke Jannah, Aamiin.. “
” Dia berdiri depan bella je kan. Walaupun berhujan. yang penting bella depan mate.. eh salah.. dia depan mata bella haha.. “
” Neil pecahkan rahsia tu cepattt.. neil cover gelak.. muka tu ada sarikata tau neil.. asal aku boleh baca ek halaahhh.. “
” YB tu siap jeling jeling Bella bila jawab soalan haha.. terkebil kebil YB nak menjawab. saje eh soalan perangkap.. “
” Ami tolong translate reaksi muka neil selepas dengar jawapan YB pleasee.. muka tahan ketawa tu jelas nampak.. “

Jawapan paling selamat YB berikan tetapi muka Neil menggambarkan jawapan yang lebih indah di mata peminat BASS. Apa-apa pun, semoga kehidupan YB Saddiq dan Bella baik-baik sahaja dan andainya berjodohan, semoga dipermudahkan untuk mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Team BASS
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim


