Artis / Selebriti
” Berisi sikit badannya, rindu pada kemunculan dia.. ” – Komen Netizen
Penampilan terbaru Ida Nerina di usia 61 tahun raih perhatian ramai. Tetap masih cantik seperti dahulu dan tidak begitu dimamah usia..
Meninjau ke akaun Instagram Rizal Hakim, perkongsian sekeping gambar terbaru pelakon Ida Nerina telah meraih perhatian ramai. Ida kini sudah berusia 61 tahun dan hanya bekerja di belakang tabir sahaja sejak menggunakan kerusi roda.
Walaupun sudah meningkat usia, Ida tetap aktif dengan kerja di belakang tabir terutamanya dalam bidang teater. Perkongsian gambar ini dapat mengubati kerinduan para peminatnya setelah sekian lama Ida tidak berlakon dan muncul di kaca televisyen.
Jika dilihat tidak banyak perubahan wajah Ida dari usia muda sehingga kini. Cuma Ida nampak sedikit berisi sahaja. Antara filem lakonan Ida yang diingati oleh ramai peminatnya ialah Selubung, Pontianak Harum Sundal malam dan Waris Jari hantu.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sekadar info, Ida berkerusi roda akibat kecederaan serius yang dialaminya selepas terjatuh di tangga pada tahun 2009 yang lalu.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Berisi sikit badannya. rindu pada kemunculan dia.. Suka tengok cerita SARA, skg taktau nak tengok kat mana anyone tahu ke? Nak tengok lagi.. “
” Kak ida nerian omg i hope u are doing well u are one I love when it the 90 movies I love u in selubung u are my E.J love u always semoga Di beri kesihatan yg baik.. “
” Rindu sangat dgn ida nerina ni dia seusia dgn sy, sy minat sangat dgn dia harapan sy moga ida nerina turus sihat dlm lindungan Allah .. “
” Minat betul dgn theidanerina dan lakonan dia..semoga sihat2 selalu rahmat allah dunia akhirat.. dah bkerusi roda pun still aktif dan power.. “
” Ak suka tgok ida nerina ni blakon..cntik seksi n talented..ad 1 cter hantu ap tah jdul dia best cter tu..dgn adlin aman ramli kalo x silap..moga success n sihat2 slalu ida.. “
” Minat betol lakonan Ida Nerina… menjiwai betol… rindu lakonan beliau… Semoga Allah permudahkan Segala urusan dia Dan Semoga cepat sembuh seperti sedia kala.. “
” Sukanyaaa dia nh.. lagi2 cerita SARA semoga kak ida selalu dilindungi oleh ALLAH swt aminnnn.. Dia last brlakon aku tgok movie ” baik punye cilok”. Yg jadi polis tu. Haha sumpah lawak .. “
Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, namun masih ramai yang mengingati serta meminati Ida Nerina. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ida Nerina diberikan kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusannya. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizalhakimpunyer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

