Artis / Selebriti
” Berdekah tengok episod ni. Muka selamba je, siap baca skrip pengacara, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan dan Qadejah hadir ke set MeleTOP sebagai tetamu jemputan buat ramai terhibur. Random sangat Ammar ni, jawapan semua jujur. Part last sebelum berhenti rehat tu kelakar. Dah kenapa Ammar bertukar jadi host MeleTOP pulak. Berdekah semua, haha..
Populariti anak sulung usahawan berjaya bertaraf jutawan, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan semakin meningkat naik dari sehari ke sehari. Sesi live bersama Dato’ Aliff membuatkan nama Ammar menjadi sebutan ramai. Selepas stesen Era FM menjemput Ammar ke konti, kini Ammar muncul pula di rancangan MeleToP.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok MeleTOP dan Eizahjaja, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika Ammar dan adiknya, Qadejah hadir ke set MeleToP dan temubual mereka bersama host MeleToP, Nabil Ahmad dan Namie.
Dari awal lagi gelagat Ammar sudah menggeletek hati ramai. Ammar langsung tidak membalas pelukan Nabil dan cuba mengelak. Mungkin Ammar masih teringat Nabil pernah mencium pipinya ketika di konti Era baru-baru ini. Ammar juga ditanyakan beberapa soalan dan jawapannya boleh membuat Dato’ Aliff tersedak mendengarnya.
Ammar contoh anak orang kaya yang bijak dan memiliki budi pekerti yang tinggi. Gayanya kelihatan lurus sahaja tetapi Ammar sebenarnya kelakar orangnya. Sebelum mengakhiri temubual itu, Nabil dan Namie meminta sepatah dua kata daripada Ammar untuk penonton MeleTOP.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Adoi la amayan, boleh pulak dia cakap “kembali selepas ini” haha. Dia baca screen utk hos haha.. tak pernah tak lucu tak amayan.. “
” Part ni satu rumah aku tergelak haha.. berdekah tengok meletop episod ni. Ammar memang lawak.. muka selamba je siap baca skrip pengacara tu paling win.. “
” Paling pecah ammar baca skrip yg nabil dan namie punya tu.. Haha kembali selepas ini meletop haha.. confident dia, mendonia lah Ammar.. “
” Aku pecah perut tengok episod ni.. Ammar terbaik.. pandai buat bunyi.. sopan betol.. berdekah dekah dalam studio pun.. “
” Tersedak bapak dia dengar ayat awal haha.. Jujur itu sebaik2 baik manusiA, biar pun pahit… walaupun tak nak demi ayah dia , dia buat je. anak yang baik ammar ni.. “
” Nak terkencing aku ketawa bila Ammar amik dialog Nabil dengan Namie tu. Cuak terus host sebab job nak kena caras dengan Ammar haha.. “
” Amayan kenapa lucu sangat ni. Nampak macam skema tapi dia kelakar semulajadi. mengekek aku dengar dia cakap kami akan kembali selepas ini, haha.. dah kau pulak jadi host Amayan weh.. “
Bukan hanya penonton di studio, malah penonton di rumah juga turut terhibur dengan gelagat spontan Ammar itu. Alahai Ammar, habis skrip host pun Ammar baca. Lurus sungguh Ammar ini. Apa-apa pun, semoga Ammar terus success dalam kehidupannya dan menjadi penyambung legasi Dato’ Aliff Syukri.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop, Tiktok Meletop, Tiktok Eizahjaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen