Connect with us

Artis / Selebriti

” Berdekah aku tengok perangai Kepom. Fikry pun sekali terjebak masuk air.. ” – Komen Netizen

Video Sedutan Babak Lakonan Elly Mazlein Bersama Fikry Ibrahim Dalam Sebuah Drama Buat Ramai Terhibur. Amboi, Bukan Main Gangster Lagi Kak Lina Jadi Budak Sekolah. Fikry Pun Sama Masuk Air, Haha !!

Sebut sahaja nama Elly Mazlein, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja mempunyai suara yang merdu, malah Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina ini sekarang cukup dikenali dengan perwatakannya yang kelakar dan suka menghiburkan ramai.

Bagi sahaja lah apa pun kepada Kak Lina, mengacara, melawak dan sebagainya, Kak Lina mampu membawa dengan baik sekali. Terbaru, meninjau di akaun Instagram iamellymazlein, Kak Lina ada memuatnaik dua video yang sedang menjalani sebuah penggambaran drama.

Menerusi video tersebut, turut ada bersama adalah Fikry Ibrahim dan mereka berdua mengenakan pakaian seragam sekolah. Gelagat Kak Lina dan Fikry memegang watak sebagai budak sekolah telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan terhibur melihat telatah ‘masuk air’ Kak lina dan Fikry ketika berlakon.

Sehingga ini, dua-dua video itu menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Part Kak Lina menyanyi lagu Ella membuatkan ramai terhibur. Ada yang komen kena dengar berkali-kali, baru tahu lagu apa yang yang dinyanyikan oleh Kak lina.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat lakonan Elly bersama Fikry dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Berdekah aku tengok perangai Kepom. Fikry pun sekali terjebak masuk air.. Terus rindu zaman sekolah dlu tau.. Kain singkat kami panggil kain banjir.. “

” Kemain gengster erk kat sekolaa… Dah la macam plastesin boleh melekat2 kat dinding ehh.. Hahahaha cmfm best drama ni, tengok pun dah tahu.. “

” Baju sekolahnya dah rope jubah… Ehh time shooting mesti berdekah semua orang kan.. Tak boleh tahan ketawa kalau dah cm gini gayanya.. “

” Hahahaahhaha melampau erkkk Kak Lina.. Asal nampak macam budak sekolah betul.. Hahahaha.. Comel betul tengok, hehe.. “

” Lahanat la sakit atiΒ  tak tak dpt tngkap lagu apa .. No it izen lahgu hakak Ella ke.. Hahahahhaa.. Kau memang keras Kepommm.. “

” Alaaa apoo ni kita da la crush dengan Fikryibrahim.. Sengan nak tag wakkkk, haha.. Eloklah tu berkawan dengan Fikry.. 2kali5 tingtong, haha.. “

” Perghhhhh kak lina mmg the best actor lah.. Kak lina mesti pandai nangis depan kamera kan kalau bawa watak yg sedih2… Apa pun watak kak lina bawa semuanya jadi.. Terbaikk.. “

Amboi bukan main gangster Kak Lina yer berlakon menjadi budak sekolah. Mesti best drama lakonan Kak Lina dan Fikry ini sebab gabungan mereka berdua akan menjadi bertambah kelakar. Bak komen warganet, dua-dua ‘masuk air’. Apa-apa pun semoga Kak Lina terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi serta segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT