Artis / Selebriti
” Berdekah aku gelak dengar part last tu. Sekali dia petik nama jenama roti pula, haha.. ” – Komen Netizen
Video Namie menyanyi lagu Stecu Stecu buat ramai terhibur. Part last tu selamba je Namie mashup dengan lagu iklan satu jenama roti terkenal. Boleh buat muka tak bersalah pulak tu, haha..
Bagi yang mengikuti pelawak, penyanyi, Namie Smy pasti mengetahui yang Namie sering berkongsi video-video nyanyiannya di akaun media sosial. Paling menarik dan menghiburkan hati ramai adalah, setiap lagu yang dinyanyikan oleh Namie pasti akan Namie mashup dengan lagu lain di penghujungnya.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok, telah dikongsikan oleh Namie video yang memaparkan pada kali ini, Namie menyanyikan lagu viral bertajuk Stecu Stecu. Pada awal nyanyian, kedengaran Namie membawakan lagu tersebut begitu merdu dengan versinya yang tersendiri.
Namun, tak disangka di hujung nyanyian Namie, sekali lagi Namie menukarkan ke lagu lain yang lebih kurang melodinya. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang meluahkan rasa geram kepada Namie kerana masih menukar lirik lagu asal.

Komen warganet, pada awalnya mereka menyangka lagu Stecu Stecu ini tidak akan di’mashup‘ dengan lagu lain. Paling mencuit hati, Namie telah menyambung lagu itu dengan lagu iklan satu produk roti terkenal. Sehingga kini, video Namie cover lagu Stecu Stecu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@namie_smy Stecu stecu, saya sayang ibu. Dua dua, saya sayang ayah. Tiga tiga…😊 #Stecu #namiesmy #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya yang meluahkan rasa terhibur selepas mereka mendengar nyanyian Namie. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lepas 30 hari raya ingatkan takda, tapi yess ada lagi.. Berdekah aku gelak dengar part last tu, sekali dia petik nama jenama roti pula, haha.. “
” Baru nak ckap kali ni dah ok last2.. Ada jugak yg nak diubahnya.. Muka tu langsung tak ada rasa bersalah kan tukar lirik, haha.. “
” Paling tunggu kalau nami cover lagu.. Tertunggu2 lagu apa dia nk match kan.. Kena pula tu tone dengan lirik dia tukar, haha.. “
” Geramm laaa aku.. Selalu tak mengecewakan.. Memang akan tergelak lah kalau dengar Namie nyanyi.. Sempoi lah Namie.. “
” Dari mula sya dah rase tak yakin lagu ni boleh smpi abis.. Mesti ade benda luar mask.. Haaa kan part gardenia masuk, terbahak.. Siot lahhh.. “
” Ape kne mngena Stecu dgn Gardenia, bergabung meletop.. Hahaha Namie kau buat hal kan.. Tak insaf2 kan buat hal suka tukar lirik.. “
” Terkejut mak tetiba gardenia. Igt ke dh serius td sbb panjang.. Namie memang tak leh pecaya kalau dia nyanyi.. Ishhh geram, haha.. “
Ada sahaja idea Namie untuk menyambung lagu lain untuk lagu nyanyiannya. Boleh pula Namie buat muka tak bersalah selepas itu. Apa-apa pun, suara Namie membawa lagu ini sangat merdu dan Namie seorang yang sangat berbakat dalam bidang seni suara.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok namie_smy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

