Artis / Selebriti
” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
Video perbualan Bella Astillah dengan Spacedollah mengenai topik ‘kalau ex jemput pergi wedding’ buat ramai terhibur. Berdekah Nabil, Radin dan Bella gelak bila dengar jawapan Spacedollah. Tapi jawapan Bella lagi padu..
Umum mengetahui penyanyi Bella Astillah kini merupakan salah seorang penyampai Radio Era. Bella bergandingan bersama Geng 3 Pagi Era iaitu Pak Azad, Nabil dan Radin pada setiap hari Isnin. Kehadiran Bella menambahkan lagi warna baharu dalam segmen tersebut dan banyak topik menarik turut dibincangkan oleh mereka setiap minggu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Era, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan topik perbincangan Geng 3 Pagi Era bersama Bella pada hari ini iaitu ‘kalau ex jemput pergi wedding‘. Topik tersebut mencuri perhatian ramai kerana dekat dengan situasi yang sering berlaku dalam kehidupan seharian.
Menerusi video pertama, Bella turut memberikan pandangannya mengenai isu tersebut. Menurut Bella, menjaga silaturahim itu penting, namun jika hanya bekas pasangan sahaja yang menjemput dan hubungan dengan keluarga bekas pasangan itu tidak begitu baik, mungkin tidak sesuai untuk hadir ke majlis tersebut. Pendapat Bella itu turut dipersetujui oleh ramai.

Menerusi video kedua pula, kelihatan Bella menghubungi abang kepada YB Syed Saddiq iaitu Spacedollah untuk bertanyakan pendapatnya mengenai topik berkenaan. Namun secara berseloroh, Spacedollah berkata akan pergi ke majlis bekas pasangannya dan ianya hanyalah sekadar untuk ‘acah-acah support‘. Jawapan bersahaja itu membuatkan Radin, Bella, Nabil dan Pak Azad tidak dapat menahan tawa, sekali gus menceriakan suasana konti.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. Suka bella gelak weyh Hahahahhahahahahahaha sambil layan jem tu seronok dengor dia gelak.. “
” Bijak jawapan Bella, saya sokong.. Dan bagi saya baik tak payah pergi, hehee.. Masing-masing dah ada hidup masing2.. “
” Saya pergi wedding ex bersama gf, dan gf tu pun skg dah jadi ex.. So skg masih mencari gf baru nak standby kot2 kena jemput lagi wedding ex, kena ada teman hahaha.. “
” You’re indeed right bella, klu hubungan dgn ex family memang tak ok why wasting ur time and energy utk dtg. This might both side feel unease of ur present, so betul tak paya dtg.. “
” Pilihan terpulang, ikut hati atau jaga jarak, yg penting diri sendiri selesa.. Tapi i setuju juga dgn jawapan Bella.. “
” Suami tak pernah amik tau pasal ex.. Kenduri ke tak tak pernah amik tau… Saya pown tkde ex.. Bahagia dgn yg skrg lgik bagus.. “
” Tak ada masalah. Saya pergi wedding ex , bawa sekali suami & anak ketika itu. (20 tahun punya cerita la ) .. ok jer.. “
Gelagat spontan mereka bukan sahaja menghiburkan para pendengar, malah menunjukkan keserasian yang wujud antara Bella dan Geng 3 Pagi Era. Tidak hairanlah video tersebut meraih perhatian warganet, yang rata-rata terhibur dengan perbincangan santai dan penuh gurauan itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era,je, spacedollah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhhh meremang dengar dia bawa lagu ni. Lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli

