Artis / Selebriti
” Baru perasan wajah adik ni macam anak saya. Last peluk tu tiba-tiba datang rindu, ye hanya rindu.. ” – Abby Abadi
Muatnaik Video Sedang Photoshoot Pakaian, Perkongsian Abby Abadi Buat Ramai Tersentuh. Alahai Seiras Batul Muka Model Tu Dengan Marissa Dania. Sebak Sungguh Part Abby Peluk Adik Tu !!
Menerusi akaun Instagram, Abby telah berkongsi video ketika sesi photoshoot bersama Shawlista. Dapat dilihat Abby bersama seorang lagi model wanita memperagakan baju keluaran syarikat berkenaan. Sekali lihat, ramai yang mengingatkan Abby sedang bersama anaknya, Marissa Dania.
Wajah model berkenaan yang dikenal dengan nama Era Sazeli seakan-akan seperti Marissa. Menurut Abby, tinggal hanya beberapa helai lagi baju yang ingin digayakan, baru lah Abby perasan wajah Era mirip seperti wajah anak perempuannya.
Pada akhir video dapat dilihat Abby memeluk erat tubuh Era. Di ruangan kapsyen juga, Abby mengatakan rasa rindu kepada anaknya dapat dirasakan pada ketika itu. Umum mengetahui, Marissa keguguran anak sulung yang dikandungnya selama 6 bulan baru-baru ini.

Perkongsian Abby ini membuatkan ramai yang tersentuh. Hati ibu mana yang tidak merindui anak yang berada jauh di mata. Naluri seorang ibu sangat halus dan mudah terusik apabila berkaitan dengan anak. Sesungguhnya kasih ibu itu membawa ke syurga.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen mengingatkan Era adalah Marissa kerana wajah mereka agak mirip. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Aah sama ingat marissa gak td.. Hati dn naluri seorang ibu.. Tulaaaa… Ingt mula² td Marissa . Tgk lagi sekali bukan rupanya.. “
” Yessss mula igt shoot dgn ank akk tapi ehhh lain je then baca caption emmm betul la.. Alhamdulillah.. tqvm kak abby for today.. gambar smua cantikkk.. “
” Adakah ni bermakna abby dah lama x jumpa marisa? Semoga akan tiba waktu keadaan kembali normal.. awak kuat mama abbyabadi.. “
” Igtkan Marissa, rupanya bukan. Sama muka.. Leee igt kite je perasan.. sekali bc daaa.. macam kembar
” Sungguh. Tgk awal tadi ingat dania.. Im crying kak abby. Moga Allah kuatkan semangat akak.. Semoga Allah mudahkan segala urusan sis Abby.. “
” When you find peace and let go of thing that make you sad, you look happier.. Klu xbaca caption, sy pun ingt marissa tadi.. ikut sebak dgn kak.. “
” Tak pasal² aku nangissssss.. Ye Hmpir sma, senyum pun seakan2.. duk tilik juga td ingtkn dia.. rupanya org lain. sama muka.. “

Setiap manusia tidak lari dengan ujian, anak juga merupakan ujian untuk ibu bapa. Sama-sama kita mendoakan semoga Abby terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Pastinya suatu hari nanti semuanya akan jernih dan pulih kembali seperti biasa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

