Artis / Selebriti
” Baru-baru ni pun saya dapat jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.. ” – Fattah Amin
Ditanya ada berjumpa dengan anaknya, Fatima Aisya dan adakah Fatima faham apa yang sedang berlaku, respon Fattah Amin buat warganet tersentuh..
Pada bulan lalu, industri seni tanah air dikejutkan dengan khabar pelakon Nur Fazura telah menfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin. Akhirnya kisah pergolakkan rumah tangga pasangan ini telah berakhir apabila Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober.
Selepas Fattah dan Fazura berpisah, hak jagaan anak diberikan kepada Fazura dan Fattah mendapat hak untuk berjumpa serta bermalam bersama anak. Terbaru, menerusi perkongsian rancangan Melodi pada minggu ini, wartawan dapat berkesempatan menemubual bersama Fattah.
Ada beberapa soalan yang ditanya kepada Fattah, antaranya mengenai kerjayanya sekarang yang semakin melonjak naik dan perkembangan Fattah bersama anak tersayang, Nur Fatima Aisya. Akui Fattah, dia sekarang lebih memberikan fokus kepada kerjaya dan kehidupan bersama Fatima.
Kata Fattah lagi, baru-baru ini dia berpeluang berjumpa bersama Fatima dan mengisi masa bersama-sama namun keadaan sahaja tidak sama. Selain itu, wartawan juga bertanya kepada Fattah adakah Fatima memahami keadaan yang sedang berlaku.
Jawab Fattah, meskipun Fatima merupakan anak yang cerdik, namun Fatima masih tidak faham dengan situasi sekarang dan mungkin ia mengambil masa untuk Fatima memahami keadaan sebenarnya kerana Fatima pada masa ini masih kecil.
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan ramai yang memdoakan yang baik-baik buat Fattah dan Fatima. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ya Allah, lembutkan hati Fatima menerima daddy seadanya. Jauhi sifat kebendaan dalam hati dan fikirannya.. Amin Yra.. “
” Paling kesian ialah Fatima.. Sebab dia masih kecil.. Mangsa keadaan.. Semoga yang baik2 sahaja buat Fatima sayang.. Stay strong Fattah.. “
” Kesian anak yang belum mengerti erti kata perpisahan.. Semoga makin bahagia Fatima bersama Daddy.. Saya doakan yang baik2 buat Fattah sekeluarga.. “
” Budak 4 tahun mesti heran why her dad tak balik rumah lama.. Mesti dia rindu sangat. Betul lah kata Fattha keadaan sekarang tak sama.. “
” Alhamdulillah Fatima dikelilingi oleh keluarga yang sangat menyayanginya.. Semoga Fattah dapat banyak meluangkan masa bersama Fatima.. “
” Rasa sebak sangat bila tahun Fattah sah bercerai dengan Fazura.. Tak sangka betul.. Tapi betul lah, jodoh bertemuan, ajal, semua ditangan Allah.. “
” Masing-masing dah buat haluan masing-masing.. Kita doakan yang baik2 saja untuk Fattah, Fazura dan anak mereka, Fatima.. “
Kasih sayang anak dan ayah, berpisah tiada. Tersentuh mendengar luahan Fattah ketika ditemu ramah. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Fattah dan Fatima. Semoga mereka terus hidup bahagia bersama dan Fatima membesar menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.
Tonton video penuh di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : Youtube TV3MALAYSIA, IG fattahaminz, TikTok edynoorreduan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen