Artis / Selebriti
” Banyak soalan terjawab, pengantin sendiri merungkai segala rahsia yang tersimpan.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin dan Amira Othman menjawab soalan-soalan viewers mengenai kisah mereka ketika live. Oh itu sebenarnya kisah kipas yang Hael pernah bocorkan. Macam-macam lagi yang Fattah dan Amira rungkaikan..
Pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman terus menjadi perhatian warganet. Bagaikan mimpi, dari rakan sekerja kini sudah bergelar rakan serumah dan ini sememangnya impian ramai peminat Fattah dan Amira untuk melihat mereka disatukan. Kisah FattMira akhirnya menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syakilla Dream dan Instagram Fantast11cfattah, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live terbaru Fattah dan Amira semalam. Walaupun baru selesai majlis pernikahan, tugasan dan amanah yang diberikan oleh Rissa tetap dijalankan.
Usik mengusik pengantin baru tidak putus dan kedua-duanya hanya senyum dan ketawa bahagia. Rissa juga memberikan kejutan kek hari lahir untuk Fattah. Team Rissa yang turut dibantu oleh Aca dan Yuti turut melakukan kembali majlis sarung cincin Fattah dan Amira di pelamin yang disediakan.
Sesi soal jawab mengenai apa sahaja yang viewers ingin tahu dibuka dan pasangan ini sporting menjawab. Jika sebelum ini adik Mira, Irfan Haris yang merungkai rahsia FattMira, malam itu pasangan pengantin sendiri mendedahkan segalanya dari awal perkenalan sehingga sah bergelar suami isteri.
Jom tonton video di bawah :
@mimpi_syakilla Pertemuan, Penyatuan Dan Perjalanan Masa Depan Pasangan Fattah Amin & Amira Othman. Yang Penting Tangan Tak Lepas 💙🤍 #SetulusTakdirFattahAmira
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Now nampak Fattah sentiasa diberi peluang to “lead” the coversation. Ada nampak cara isteri tu biar suami bercakap dulu. Alaaaa kita suka la. Camna ni.. “
” Dengar tu.. first istikharah, kedua restu ibu bapa.. percaya dengan takdir Allah.. alhamdulillah jodoh mereka.. Amira ni betul2 pelengkap untuk Fattah. Buat collab semua jadi, jual ape pun semua sold out. Paling suka, dorang bangunkan sama2. Tak da istilah sapa bos, sapa pekerja. Complete to each other sungguh.. “
” Tang2 usap tangan tu haihhh, lama ey, aku perati je. semoga berbahagia hingga ke jannah fattah dan amira.. sekufu.. dr segi pemikiran & agama. Another level.. “
” Aku pulak tersenyum2 tengok dia gosok2 tgh bini dia, alahaii cuwettt.. Bagus lah mlm ni byk soalan terjawab, pengantin sendiri merungkai segala rahsia yang tersimpan. Dan benda yang betul FA buat. Apa2 pun depends on NiAT.. “
” Loving couple suka nya tengok ini berdua.. tangan da kena gari tu.. heheheh.. kalau Allah dah kata jodoh, tak perlu bercinta, tak perlu kenal lama pun dah terus kahwin.. kun faya kun.. ”
” Alhamdulillah, lebih manis, kta tgk pn tahu.. baru je kahwin da kerja jd sbb tu bersemut screen live ni haha, semoga bahagia till jannah FA&AO.. “
” Matlamat hidup dyeorg sama .. alhamdulilah rezky makin mencurah2.. semoga kekal berbahagia hingga ke Jannah .. Aamiin Ya Mujib.. “
” For the 1st time fattah yg jawab everything.. Alhamdulillah suka tgk fattah skrg, happy plus jadi diri sendiri.. Tq mira ada dgn fattah n terima fattah.. “
Terungkai semua persoalan yang bermain dalam pemikiran warganet, segalanya mengenai pertemuan mereka sehingga lah termeterai sebuah ikatan janji untuk sehidup semati. Semoga rumahtangga Fattah dan Amira sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fantast11cfattah, Tiktok Syakilla Dream
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen