Artis / Selebriti
” Baju ni boleh masuk ‘muzium cinta keluarga kita’ waktu daddy dah tak ada nanti-nanti.. ” – Fedtri Yahya

Muatnaik gambar setiap tahun memakai baju yang sama sempena ulang tahun kelahiran puteri sulung, perkongsian Fedtri Yahya buat ramai tersentuh. Sebak baca penulisan Fedtri, rupa-rupanya baju tu dah 13 tahun Fedtri pakai..
Meninjau di akaun Instagram milik pengacara terkenal, Fedtri Yahya, telah dikongsikan posting terbaru yang memaparkan beberapa gambar Fedtri bersama anak sulungnya, Indah Sutera Jannah. Di ruang kapsyen, Fedtri memaklumkan gambar-gambar tersebut adalah sempena ulang tahu kelahiran Indah Sutera yang ke 13 tahun.
Namun apa yang menarik adalah setiap tahun pada tarikh kelahiran Indah Sutera (30 April), Fedtri akan memakai baju kemeja berpetak merah yang dipakainya pada hari menyambut kelahiran Indah Sutera sejak 13 tahun lalu. Tulis Fedtri, baju ini boleh masuk ke ‘muzium cinta keluarga’ apabila dia sudah tiada nanti sebagai kenang-kenangan.
Perkongsian oleh Fedtri tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang turut merasa sebak dan tersentuh membaca penulisan Fedtri di ruangan kapsyen. Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan Fedtri seorang ayah yang sangat penyayang.
Untuk sekadar info, anak sulung Fedtri ini telah berjaya masuk ke sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru-baru ini. Fedtri ada berkongsi video dan gambar menghantar anaknya itu ke sekolah dan kelihatan dua beranak ini tidak dapat menahan sebak untuk berpisah buat pertama kali.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang kanan > untuk melihat gambar seterusnya) :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Fedtri ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Fedtri lah, trharu tenang je bila baca penulisan dia, muka bahagia sgt tu dpt bwk balik cinta hati.. Selamat hari lahir kakak.. “
” Daddy maintain dri muda smpai skrg.. Slmt ulangtahun kelahiran Indah Sutera Jannah..smoga Indah mnjadi anak solehah, berjaya dunia Akhirat dan menjadi contoh kpd adik².. “
” Sweet betul lah ayah awak kakak.. Happy birthday kakak, semoga jadi anak yg solehah, penyejuk mata penenang hati semua ya, semoga berjaya selalu.. “
” Eh kita pulak yg terharu.. Kasih seorang ayah, xperlu banyak kata2..cukup dengan tingkah laku dan gambar2.. Semoga kakak jadi anak yang solehah utk kedua ibu bapanya.. “
” Selamat hari lahir indah Sutera.. Moga menjadi anak yang solehah buat ibubapa dn berjaya didunia dn diakhirat.. Sebak betul baca apa yang ditulis Fedtri.. “
” MasyaAllah happynya daddy kakak dapat balik bermalam, sweetnya baju pun simpan elok tu.. Daddy ni yg homesick rasanya.. “
” addy sweet sangat. Nangis plak tengok. Moga bahagia sampai syurga bersama keluarga. Sanah helwa kakak.. Moga jadi anak yang solehah buat daddy dan mama.. “
Jelas kelihatan betapa seronoknya seorang ayah apabila anaknya dapat pulang seketika ke rumah dan meluangkan masa bersama-sama. Benar lah apa yang dikatakan, cinta pertama anak perempuan adalah bapanya sendiri. Selamat hari lahir buat Indah Sutera Jannah, semoga Indah terus menjadi seorang anak yang baik buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG fedtriyahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen