Artis / Selebriti
” Bahagia sangat muka YB Saddiq tengok Bella dan mamanya together.. ” – Komen Netizen

Video moment Bella Astillah menyantuni Mama YB Syed Saddiq raih perhatian warganet. Alahai sweetnya Bella dan Mama. Ekpresi wajah YB Saddiq tu lagi buat warganet teruja. Macam jadi je YB ye, hehe..
Kesempatan menjalankan misi bantuan di Muar digunakan dengan sebaiknya untuk Bella Astillah dan keluarga YB Syed Saddiq untuk bertemu mata dan mendekati antara satu sama lain. Jika sebelum ini tidak berkesempatan untuk berbual panjang, kali ini Bella dan Mama YB bergandingan menyantuni penduduk kampung sekitar Muar.
Kunjungan Bella, YB Syed Saddiq dan Mama YB dari rumah ke rumah menjadi sorotan semua. Bella tidak nampak kekok dan pandai menyesuaikan diri apabila berada bersama Mama YB. Umum yang mengikuti keluarga YB Saddiq pastinya mengetahuu sikap Mama YB yang sopan dan lemah lembut tutur katanya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Primavalet dan Tiktok Sabrinabee78, telah dikongsikan suasana ketika Bella dan Mama YB selesai menziarahi sebuah rumah. Memandangkan hujan mula turun, Bella membantu memayungkan Mama YB ke kereta.
YB Saddiq yang ketika itu sedang membuat live terpaku sebentar melihat gelagat Bella dan Mamanya. Ekspresi wajah YB Saddiq seakan menggambarkan rasa bahagia yang dirasainya sekarang. Mama YB dapat menerima kehadiran Bella dengan baik dan melayaninya dengan sempurna sama seperti yang YB Saddiq lakukan.
Jom tonton video di bawah :
@sabrinabee78 dah pandai kenakan Ami dan Jack 😂😂#bellaastillah #syedsaddiq #sabrinabee #BASS #motivation
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bahagia sgt muka yb tengok bella dan maknya together.. Antara momen kelegaan dlm relationship adalah seeing ur better half can blend well and pandai bawa diri dengan future family.. “
” Mertua dari Syurga.. mama nya sgt sporting & penyayang.. salu panggil org2 dgn gelaran “sayang”.. tersengih-sengih YBSS tengok mama dia ngn Bella sma-sama.. “
” Lelaki yg baik adalah utk wanita yg baik. Begitu juga sebaliknya. Sokongan padu dari Bangsa Johor.. Senang nya hati yb tak terkata.. “
” Wahhh ini mcm konfirm la kita ramai2 akan ke Muar? Kira jadi la ek.. akulah payung tu tgh senyum gelak tanpa bunyi.. wehhh.. makin hari makin confirm.. seluruh alam memberi restu.. “
” Kami rakyat Jelata, terutamanya sekitar Muar sangat berbunga2, bersemut2 dgn kejadian ini.. Bella ni mana² dgn mak dia layan mak dia macam permaisuri jd yb jgn risau macam tula dia layan ibu yb nt.. “
” Sweetnya dgn bakal mentua.. Satu je… kalau mak redha dgn apa yang kita lakukan. Pergilah ke hujung dunia sekalipun…. kau akan selamat.. Alhamdulillah suka tengok.. “
” 2 bidadari YB Syed Saddiq.. alahai comelnye Bella payungkan bakal MIL… Bakal menantu & bakal mertua bergabung. hmm nampak disitu kebahagiaan.. “
Senang hati semua pencinta BASS melihat kemesraan antara Bella dan Mama YB. Andai berjodohan, rezeki Bella dapat ibu mertua yang baik dan penyayang seperti Mama YB. YB Saddiq juga tidak dapat menyorokkan wajah bahagianya melihat dua kesayangannya jalan beriringan bersama-sama. YB cepat sikit kahwin, ramai menanti berita gembira YB ni.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet, Tiktok Sabrienabee78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kami sebenarnya dah bertunang dekat Ipoh hari tu, confirm kahwin dengan dia.. ” – Cik Lan
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dengar Maam cerita pun dah seronok kisah cinta Fattah dengan Amira ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Baiknya Faz ni, suka tengok dia layan Maryam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Alamak Didi dah komen, hint yang boleh dipercayai tu. Baik training cepat sis, tak lama dah ni, hehe.. ” – Komen Netizen