Artis / Selebriti
” Baby 3.57 kg, takde koyak, no epidural.. ” – Syasya Rizal
Syasya Rizal kongsi pengalaman bersalin anak kedua raih perhatian ramai. Wah mudahnya Syasya bersalin. Rupa-rupanya ini tips yang Syasya amalkan sepanjang mengandung..
Syasya Rizal yang dahulunya merupakan ahli kumpulan Dolla telah pun selamat melahirkan cahaya mata yang kedua beberapa hari yang lalu. Menerusi akaun Tiktok, Syasya telah berkongsi pengalaman bersalin anak keduanya ini yang merupakan seorang bayi perempuan.
Menurut Syasya, pengalaman kali ini lebih mudah dan paling menggembirakan ialah tanpa sebarang koyakan. Walaupun bayi yang dilahirkan agak besar iaitu 3.57 kg, namun segalanya dipermudahkan. Syasya juga tidak mengambil epidural untuk mengurangkan kesakitan.
Syasya turut berkongsi beberapa tips iaitu amalan yang dilakukan sepanjang mengandung untuk memudahkannya bersalin. Antaranya ialah berjalan dengan banyak, membaca selawat Masiyah dan mengamalkan doa Nabi Yunus. Alhamdulillah semua ini sangat membantu Syasya.

Perkongsian Syasya ini telah menerima lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Syasya kini sudah dibenarkan keluar dari hospital dan akan menjalani tempoh berpantang di rumah. Pastinya satu kelegaan apabila dapat pulang ke rumah.
Jom tonton video di bawah :
@syasya.rzl Experience kali ni memang lain… Abang dulu 2.8kg , adik 3.57kg, terkejut mama 😭 Tapi alhamdulillah, walaupun adik besar, Allah permudahkan. Berpantang kali ni pun senang sikit nak bergerak sebab tak jahit. Syukur ya Rabb untuk perjalanan ini 🤍✨
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tips yang diberikan oleh Syasya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” MasyaAllah tabarokallah! tahniahhh dearrrr.. suka betul inspired video gini.. +ve vibes.. tak jahit? Ya allah mudahnya awak beranak .. “
” Tak sangka mama sekarang boleh cerita pasal selawat masiyah dan doa nabi yunus walaupun dulu orang kenal mama sebab lain keep sharing.. “
” Ya Allah betul sgt.. selawat masyiyah tu sgt2 ajaib. .37mgu induce pill sbb ade gbs+..kul7.58am induce kul8.15am dah mula sakit contraction selang 2-3min 1x… “
” Sy selamat lahirkan sorg baby girl spnjg contraction mmg psg je selawat tu,..doa nabi yunus xputus..sakit xkuat..boleh lyn mkn ns lemak ayam sblm bsalin.. “
” Anak girl mmg suka keluar lambat, mcm anak 2nd sy pun 40weeks, lagi 3 hari kot sikit lg nak serah diri. mmg berat dr anak 1st boy .. “
” Selamat berpantang mama, semoga mama cepat sembuh , sihat & sentiasa dimudahkan dalam semua hal Sy bersalin anak sy 41minggu, checkin hosp sbb dah ada contraction masa 40w 5hari.. “
” Tahniah dan selamat berpantang. Saya doakan yg terbaik utk keluarga kecik awak yg comel dan menggembirakan bila lalu kat fyp.. “
Kini lengkap sudah sepasang cahaya mata yang menyinari kehidupan rumahtangga Syasya dan suami. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat berpantang buat Syasya Rizal agar dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh berpantang ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Syasya Rzl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

