Artis / Selebriti
” Awal-awal okay je tapi yang last masing-masing menggelupur.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video pelakon-pelakon Blood Brothers melakukan tarian Mogunatip dari suku kaum Murut buat ramai terhibur. Wah, awal-awal tu nampak masing-masing confident habis. Part akhir berterabur semua, dah macam menggelupur pun ada. Berdekah gelak, haha..
Meninjau ke akaun Instagram TV3Malaysia, perkongsian sebuah video yang memaparkan para pelakon Blood Brothers melakukan Tarian Mogunatip dari suku kaum Murut telah meraih perhatian ramai. Ketika ini mereka di Sabah untuk bertemu para peminat filem Blood Brothers.
Di kesempatan itu, mereka telah diberikan peluang untuk mencuba tarian tersebut. Kesemua pelakon iaitu Sharnaaz Ahmad, Syazwan Zulkifli, Syafiq Kyle dan ramai lagi telah mencuba tarian tersebut. Di awal tarian kesemuanya nampak sangat confident setelah membuat beberapa kali percubaan.
Namun sebaliknya berlaku apabila gerakan tarian semakin laju. Masing-masing semakin kelam kabut kerana takut kaki mereka akan terkepit dengan buluh tersebut. Hal ini membuatkan ramai netizen berasa terhibur dan tertawa melihat gelagat masing-masing.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun pengakhiran tarian yang kelam kabut tetapi mereka telah membuktikan mereka boleh menari mengikut rentak tarian tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sapa depan shanaz tu… x perasan la.. sbb comey sgt tu… sapa ye.. Comel je. Jaket tu mana nak beli..nak juga.. dah agak dah kalau last tu.. “
” Susah tu..silap2 kaki tekepit tpi best o.. Sharnazz mcm takut kaki dia kena makan berpaut je tgn dia kt bahu syazwan.. “
” Hahaha mamu dgn kepeng tu asal. time praktis cantik lps tu berterabur. watak syazwan zulkifly ak xleh blah la.tgk mke die je dah dekah.. “
” Suka btul si jaki tu ye Ending kelam kabut semuaaa.. Nohhh last ii berterabur .. awal2 okay je tapi yg last masing2 mengelupur.. “
” Berterabuh after moments later .. Menghiburkan diorang ni . Blood brothers dah bertukar jadi bear brothers masing mengelupur so cute terbaik org sabah kita support kita.. “
” Ms training cantik je..bila part betul2 bersepah.. Sib baik org pegang tu stop, kalau tak jatuh habis geng blood .. suka watak jaki tu…penghidup jln cerita.. “
” Adoiiii ngekek aku.. mula2 helokkk tgh2 nak kata tarian naga x naga.. xtau la apa diaorg cuba nak menari ni adehhh.. lawak la.. “
Bukan mudah untuk melakukan tarian ini kerana ia memerlukan daya fokus yang tinggi. Kalau tersilap langkah, boleh terkepit kaki dibuatnya. Apa-apa pun, pengalaman dapat mencuba melakukan tarian ini sangat bermakna dan berharga buat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
