Artis / Selebriti
” Auto nampak muda, dah macam budak sekolah dah.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Anne, Isteri Achey Bocey kini lebih langsing dan menawan raih perhatian ramai. Wah kurusnya Anne, berbeza sangat dengan sebelum ni. Nampak macam budak remaja lah, makin cantik..
Penampilan terbaru isteri kepada pelawak terkenal Achey, iaitu Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dipanggil Anne telah mencuri perhatian ramai apabila perubahan fizikalnya yang semakin kurus. Penampilan Anne ini membuatkan ramai terpukau.
Anne yang sebelum ini dikenali dengan tubuh berisi, kini tampil lebih langsing, sihat dan bertenaga. Ramai tidak menyangka perubahan drastik itu berlaku dalam tempoh yang agak singkat. Menerusi perkongsian Anne di media sosial, kelihatan Anne semakin yakin dan ceria, malah ramai memuji wajahnya yang semakin berseri-seri.
Sebelum ini, Anne pernah menyatakan yang dirinya menjalani pembedahan bariatrik demi impiannya untuk bergelar seorang ibu. Ia merupakan salah satu usaha Anne untuk murunkan berat badan demi mencuba rawatan IVF untuk mendapatkan cahaya mata.

Reaksi warganet turut positif dan memberi semangat kepada Anne. Mereka juga mendoakan agar Anne dapat merasai zuriat sendiri walaupun sudah mempunyai seorang anak angkat iaitu Tiara Zinnirah. Perkongsian ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Anne yang tetap sopan walaupun sudah kurus. Antara komen-komen yang diberikan :
” MasyaAllah… cantiknya dia. Tahniah anne. Moga ada rezeki zuriat untuk awk, saya & semua ttc. Amin . always tudung mcm tu taw.. janjiii.. “
” Wowww mkin cntik anne…moga ada rezeki zuriat tok awk anne.. Auto muda … cantiknyaaaa dan buat lg cantik, tudungnya masih labuh.. “
” Alhamdulillah walaupun dh slim masih menjaga cara pemakaian smg ade rezeki zuriat utk awk .. antikkkk angatt auto muda 10 tahun anne…. love nyaaa.. “
” Hello dah macam budak habis spm nak pergi mintak kerja part time dah .. Mcm bdk sekolah dh Anne Alhamdulillah… moga Allah sentiasa bg kesihatan yg baik selalu.. “
” Insya allah kak semoga dipermudahkn urusan utk mendapatkan zuriat.. Alhamdulillah.. walaupon dh kurus tetap labuhkan tudung.. “
” Macam remaja le Anne..AKK pun kalau kurus macam remaja juga. Nk kena kuyus jgkla mcmni. Semoga ann diberi apa yg dihajati..in Shaa Allah.. “
” Kurus mmg cantik… nak cuba cara natural jom dm.. free consultation.. Boleh share berat sebelum n selepas ? Semoga kak anne n abg achey dikurniakan zuriat soleh solehah .. “
Melalui prosedur bariatrik yang dilaluinya, Anne berjaya mencapai perubahan fizikal yang ketara, namun lebih penting, ia membuka ruang kepada gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti. Semoga Anne dan Achey dikurniakan cahaya mata dan sentiasa berbahagia selalu..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Lina salah makan ubat gegat ke tadi ni. Risau tercabut kepala tu kang Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen

