Connect with us

Artis / Selebriti

” Ara is a good performer macam mummynya. Comel sangat tengok telatah dia.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Ara Adreanna ketika ibunya, Bella Astillah menyanyi lagi raya terbarunya buat ramai terhibur. Alahai comelnya Ara menari, part menyanyi pun cute sangat..

Meninjau di akaun TikTok milik nish, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan persembahan istimewa daripada Bella Astillah di festival Celebfest Ramadan yang berlangsung di Singapura. Kehadiran Bella di acara tersebut nyata mencuri perhatian pengunjung yang teruja menyaksikan persembahannya secara langsung.

Apa yang lebih menarik, Bella tidak bersendirian di atas pentas. Dia turut ditemani anak perempuannya, Ara Adreanna  yang setia berada di sisi ibunya sepanjang persembahan berlangsung. Kehadiran Ara secara tidak langsung menambahkan lagi seri dan kemesraan suasana ketika itu.

Pada awal video, Bella sempat bertanya kepada Ara sama ada dia mahu turut sama menyanyi. Ara hanya menggelengkan kepala, membuatkan penonton tersenyum melihat reaksinya yang comel. Bella kemudian memaklumkan bahawa Ara sebenarnya mahu menari.

Bella telah menyanyikan lagu raya terbarunya yang berjudul Ya Raya. Ara dilihat menjadi penari latar mengikut rentak lagu ibunya. Bukan itu sahaja, ketika Bella menghulurkan mikrofon ke arah Ara, si kecil itu sempat menyanyikan beberapa baris lirik lagu tersebut.

Tonton video di bawah ini :

@nish_ish_

#sgtiktok #celebfest2026 #bellaastillah #syedsaddiq #fyp

♬ original sound – nish. – nish.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menari adalah :

” Ara is a good performer macam mummy nya. Comel sangat tengok telatah dia.. Dah lah comel, bijak sangat, hehe.. “

” Lagu raya baru Bella ke ni..  Sumpah sedap.. Irama dia bring the raya vibes sangat. Catchy habis lahhh.. “

” Yb bertuah dpt Bella.. Bella pun bertuah DPT YB.. Cukup melengkapi kalau mereka dah bersatu nanti.. “

” Sweet btul papa Yb Ara tu ye… Kemain dok leka merecord ank menari, hehe sweet btul.. Aku pula tersenyum2.. “

” Tak  jemu tengok ara menari.. Talented mcm mummy juga.. YB of coz setia ditangga merekod.. Happy n proud for you alls.. “

” Ara penghafal lagu mami no.1.. Eeeee geram betul tengo Ara ni.. Menari tu amboii kemain lagi pandai ikut rentak.. “

” Bella nyanyi ada backup dancers dan singer yg comel Ara.. Yb sentiasa ada menemani bella, ara comel sgat mcm ibu dia.. “

Ramai juga memuji layanan yang diberikan oleh YB Syed Saddiq terhadap Ara dan Bella Astillah. Lebih menarik lagi, YB Syed Saddiq dilihat turut merakam sendiri telatah Ara ketika si kecil itu setia menemani ibunya di atas pentas.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok nish_ish_

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak