Connect with us

Artis / Selebriti

” Apa perasaan berlakon dengan orang tersayang, mencabar tak berlakon dengan orang tersayang ? ” – DS Umie Aida

Video respon Fattah Amin dan Amira Othman apabila diusik dengan soalan cepu emas oleh Datin Sri Umie Aida buat ramai terhibur. Amboi, pandai sungguh Fattah dan Amira cover line tapi mimik muka macam tak boleh menipu. Sampai tergagap-gagap Fattah nak jawab, hehe..

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok Cute, Datin Sri Umie Aida telah bertanya dengan nada berseloroh tetapi penuh makna tentang perasaan Fattah Amin dan Amira Othman apabila digandingkan bersama dalam sebuah drama.

Soalannya berbunyi seperti ‘ Apa perasaan berlakon dengan orang tersayang ? ‘ dan ‘ mencabar tak berlakon dengan orang tersayang ?’. Soalan ini membuatkan Fattah tergelak kecil, sementara Amira tersipu-sipu, namun masing-masing tetap memberikan jawapan selamat.

Kedua-duanya kelihatan cuba menyembunyikan rasa terkejut dan hanya menjawab dengan ayat yang tidak memberi sebarang pengesahan. Fattah hanya bertanya, ‘ siapa ? ‘, manakala Amira pula menyatakan orang tersayangnya ialah adiknya, Irfan Haris.

Setakat ini, kedua-dua selebriti masih kekal dengan pendirian mengatakan hubungan mereka hanya sekadar rakan kerja. Namun, dengan interaksi yang mesra dan penuh teka-teki seperti ini, tidak hairanlah ramai yang mula berharap untuk melihat mereka sebagai pasangan sebenar.

Jom tonton video di bawah :

@cute08628

#fattahamin #amiraothman #fattmira cr Umie Aida official/rissaskin & owners2 video

♬ Yang Penting Hepi – Lbdjs official dj

 

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Kak umieeee, saya selalu tengok diorang. Allah tu Maha Baik, Allah bagi circle yang baik-baik dekat diaorang. Love sangat.. “

” Nampak kan..laju Mira tapis soalan..smooth je…Fattah gagap terus .adui..lawaakk.. Kak umi mmg terbaik lah … Sayang kak umi .. Tak pernah kedekut bg kami fattmira fans vitamin ni .. “

” Soalan tu senang ja.. tapi awatlah yang susah sgt nak bagi jawapan.. krik krik.. kak umie aida dah boleh masuk senarai kena duduk dlm stor ni.. “

” fattah pun dah ikut mira sentuh hidung kalau malu atau speecless..so masih xde jawapan ke untuk soalan tu.. handsome fattan Amin kulit merah.. “

” Fattah bile cemas garu2 hidung, btol2 kn rambut tu biase tgk dh .. soalan ini yang kita tunggu untuk terpaling rakan sekerja .. “

” Abg long pun dah terikut kak long sebut ‘kelako’.. Hahaha.. mmg susah nk dapat jawapan dari mira.. fattah mmg muka subtitle.. “

” Umie aida.. tengok tue jwpn fa bila dtnya psl org tersyg..paling win win situation.. lawa la mira dn handsome fattah ni.. soalan ummi benar2 memerangkap faao. haha.. “

Walau apa jua status sebenar hubungan mereka, satu perkara yang pasti ialah chemistry antara Fattah Amin dan Amira Othman tidak boleh dinafikan. Mungkin masa akan menjawab segalanya, tetapi buat masa ini, peminat hanya mampu meneka dan berharap agar ada jodoh antara mereka satu hari nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok CUTE

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak