Artis / Selebriti
” Apa pasal Ammar tu tak gelak, aku dah mengekek dengar bapak dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video sesi live DS Aliff Syukri bersama anaknya, Ammar Ahyan menyanyikan lagu nasyid Maal Hijrah buat ramai terhibur. Sekali part Dato’ Aliff masuk, terus ke laut dalam. Berdekah tengok Dato’ Aliff ajar Ammar, tinggi betul confident level dia, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Dherb official, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi live Dato’ Seri Aliff Syukri bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan telah meraih perhatian ramai. Menerusi video ini, mereka menyanyikan lagu nasyid Maal Hijrah bersempena sambutan Awal Muharram semalam.
Apa yang membuatkan netizen terhibur apabila Dato’ Seri Aliff bertindak sebagai guru vokal buat Ammar dengan membetulkan nyanyian Ammar. Walaupun ramai mengecam suara Dato’ Seri Aliff, tapi Dato’ Seri Aliff tetap bersikap confident membetulkan nyanyian Ammar.
Ammar pula sedikit pun tidak ketawa apabila mendengar suara nyanyian bapanya berbanding para netizen yang sudah berdekah apabila mendengarnya. Dari tempo asal sudah lari ke tempo lain apabila dinyanyikan oleh Dato’ Seri Aliff. Memang mampu tahan gelak ye Ammar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada mengatakan suara Ammar lebih sedap berbanding suara bapanya. Ammar juga dipuji kerana tetap menghormati bapanya.
Jom tonton video di bawah :
@dherbsofficial_
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dua anak beranak ni. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah upgrade jd guru vocal lah pulak dato.. masuk part dato terus x ingat lirik asal. aku yg tengok pun dah berdekah,dia blh buat muka rilexx.. “
” Masalahnye dia pun tempo lari siap ajar org hahahah.. anak dia tk gelak eak steady jek..ni kalau cess ni mau bergegar2.. “
” Mcm mana dia boleh tahan dengan bapak dia eh? mcm tu je Dato dangdutkan lagu maal hijrah. Ajai dengar ni mesti suka.. “
” Guru vokal lebih teruk dr murid..haha.. adoi bukan main mgajar ank dia.. last2 dia mnyanyi mcm membaca.. dato the best.. kasihan akak tgk amar.. “
” Dato’ nyanyi dah jadi mcm lagu nirmala pulak sy dgr… hihi.. terhibur sy. apa pasal ammar tu tak gelak aku dh mengekek2 dgr bapak dia nyanyi.. “
” Ook abah masuk. sekali lg hancur da… kelakar sungguh la dato ni.. anak pun nampak pasrah je kt situ.. ya Allah tak sanggup nak tgok smpai habis, jdi baran ttiba pagi ni.. “
Memang berdekah apabila Dato’ Aliff masuk menyanyi. Apa-apa pun, wajah Ammar walau dalam apa keadaan tetap serius. Jarang sekali kita melihat Ammar tersenyum ketika membuat sesi live atau dalam mana-mana video. Kadangkala diminta oleh ibu bapanya pula agar senyum.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Dherbofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti2 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah 8 bulan baru nak buat majlis akikah anak sebab.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen


