Artis / Selebriti
” Antara Ustaz yang rendah diri, jauh kayuh tu Ustaz.. ” – Netizen
Video Ustaz Azhar Idrus Berbasikal Di Sekitar Bandar Kuala Terengganu Raih Perhatian Ramai. Wah Rare Betul Basikal Ustaz, Bukan Kaleng-Kaleng !!
Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan Ustaz Azhar Idrus sedang berbasikal di sekitar bandaraya Kuala Terengganu telah meraih perhatian ramai. Walaupun nampak dari pandangan belakang, ramai sudah tahu siapa dia.
Video ini dirakamkan oleh seseorang bermula dari persimpangan lampu isyarat sehinggalah akhirnya dapat memintas Ustaz Azhar. Walaupun dikenali ramai, Ustaz Azhar tidak kisah untuk menunggang basikal sahaja ke mana-mana.
Selain itu, basikal Ustaz Azhar tunggangi ini juga turut mencuri perhatian. Basikal ini sangat unik dan ia merupakan sejenis basikal jenama Brompton. Basikal ini agak popular dalam filem Ali Baba Bujang Lapok yang dilakonkan oleh Allahyarham P. Ramlee.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ustaz Azhar sempat lagi memberikan senyuman apabila menyedari dirinya sedang dirakam. Wah, bertuah buat si perakam dapat menemui Ustaz Azhar.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Ustaz Azhar diberikan kesihatan yang berpanjangan. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ustat azhar idrus .. ulamak Terengganu.. semoga diberikan kesihatan.. Mahal terr zaman ali baba ketua penyamun yg pakai.. “
” Itu dia tk bawak Ferrari…antara Ustaz yg rendah diri… Uai mmg hobi dia suka berbasikal kerr? Byk kali tgk uai naik basikal kat sosmed.. “
” Dri blkg igtkn bangla mana la xdi , masa toleh skt nmpk tahi lalat baru kenal .. Brompton….bise ustaz kite.. kemahh.. “
” Jauh kayuh tu ustaz.. Kayuh mane tu ustaz.. Ustaz Azhar..semoga diberikn kesihatan dimurhkn rezeki dipanjngkn umur Aamiin3 yarabbal alamiin.. “
” Ali Baba atau Kassim Baba.. Semoga UAI dipanjangkn usia dan diberikan kesiahtan.. kami kurang ilmu agama tapi Kami sayang ulama kami.. “
” Allahuakbar…. ulamak yg patut dicontohi. Mnjdi teladan.. tk kisah dicaci.. Sekali dia kayuh boleh gi lebih 10km ustaz ni.. “
” Getting around on a bicycle will add years to your life. Insya-Allah. Nak sangat jumpa dia dapat salam pun okla.. Rajin ustaz gohek sikal.. “
Syukur Alhamdulilah kerana Ustaz Azhar masih kuat dan sihat untuk berbasikal di kala usianya. Tidak ramai yang seusia Ustaz Azhar mampu berbasikal sejauh ini atas faktor kesihatan. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Ustaz Azhar Idrus. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ohmedia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy harap sampai tua nanti anak-anak akan tetap buat macam ni dengan Mummy dan Daddy.. ” – Watie


