Artis / Selebriti
” Another level, even tak juara tapi Aina guna kemahiran robotik orang kita sendiri.. ” – Netizen
Video Persiapan Pentas Untuk Aina Abdul Dalam AJL38 Raih Perhatian Ramai. Wah, Tak Sangka Semuanya Menggunakan Teknologi Robotik. Memang Hebat Usaha Anak-Anak Muda Tempatan !!
Anugerah Juara Lagu 38 telah pun melabuhkan tirainya pada hari Ahad lepas yang mana Amir Jahari telah dinobatkan sebagai juara. Pelbagai persembahan yang menarik dapat kita saksikan dalam setiap persembahan peserta-peserta AJL 38.
Antara yang paling mencur1 tumpuan ialah persembahan Aina Abdul yang bertemakan hutan. Selain busana Aina yang unik, dekorasi pentas Aina juga cukup menarik perhatian. Bukan sahaja dihiasi dengan pokok-pokok, malah pokok tersebut juga boleh bergerak.
Menerusi satu akaun Tiktok, perkongsian segala persiapan pentas Aina telah meraih perhatian ramai. Segala pergerakan pada pentas tersebut menggunakan teknologi robotik. Wah, hebat sungguh usaha anak-anak muda tempatan ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 82 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hasil usaha mereka telah menghasilkan satu ciptaan teknologi yang hebat. Tahniah buat team ini dan juga Aina Abdul.
Jom tonton video di bawah :
@aiszzyelectronics Alhamdulillah. Moving Roots and Branches by Aiszzy Electronics in collaboration with @BOSSBESI and @AA3D Technology for @Aina Abdul Anugerah Juara Lagu 38 AJL38. Thank you Aina Abdul props team for this successful integration with our system. Such a memorable experience to be able to work again with Ainal Abdul team and others 🤝🔥 Congratulations Aina Abdul for winning 3 awards at #AJL38 🥳🤙🏻 #ajl #ajl38 #ainaabdul #janganmatirasaitu #jmri #aiszzy #electronics #arduino #tv3 #tv3malaysia
Di ruangan komen, ramai yang kagum dengan usaha yang dilakukan oleh team Aina. Antara komen-komen yang diberikan :
” Aina abdul’s team n your team is another level.. asbab kepelikan aina abdul .trus nmpk team ni kan.. Team Aina Abdul ni power dalam diam je buat kerja.. “
” Kalau yg berfikiran sempit akan anggap buang duit tapi sebenarnya menunjukkan generasi kita mampu buat teknologi yg canggih.. “
” Weiiii the efforrrtt Tapi tak nampakkk sbb bahagian akar tu gelap pastu branch yg gerak tu tertutup ngan kayu kat AA, sayangnyaaa.. “
” Tp satu benda ni pun x nampak dri tv cameraman tv hmmm.. anak melayu can do animatronic.. gila kak speechless aku tgk coding dia.. “
” Aina and team another level..even tak juara, tp generasi skrg mkin maju dlm teknologi.. Bagus Aina ni guna dan angkat bakat anak warga tempatan.. “
” Damn boleh tahan..Aina Abdul guna kemahiran robotik orang kita sendirii.. Semua cakap buang duit. Tapi Aina berkongsi rezeki kepada semua yg terlibat.. “
” Aku ckp ngn laki aku ‘ mesti panas kan org yg duduk dlm pokok tu nak gerakkan anting dgn akar’ without knowing . Penadd je aku simpati smlm.. “
Wah, tak sangka rupanya segala pergerakan di pentas AJL38 untuk persembahan Aina segalanya menggunakan teknologi. Wah, memang kagum dengan segala usaha yang dilakukan oleh team ini dalam menjayakan persembahan Aina.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aiszzy Electronic
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen



