Artis / Selebriti
” Anak Ina ni kalau buat album memang boleh pergi jauh. Sumpah best sangat suara dia.. ” – Komen Netizen
Video throwback arwah Suhaimi Saad bersama anaknya, Sallman El Khoyri menyanyi lagu Wali Band berjudul Harga Diriku raih pujian ramai. Fuhhh sedap betul suara Sallman. Part dia tarik tu meremang dengar..
Bagi yang mengikuti arwah penyanyi Suhaimi Saad atau SS di akaun TikTok sebelum ini, pasti mengetahui yang arwah SS suka membuat video menyanyi bersama isterinya, Ina Naim dan anak-anak mereka. Perkongsian video-video tersebut sering menjadi viral di media sosial.
Meninjau di akaun TikTok milik Ustaz Haji Taufik, telah dikongsikan video throwback yang memaparkan arwah SS berduet bersama anak lelakinya yang bernama Sallman El Khoyri. Menerusi video itu, SS dan Sallman menyanyi lagu Harga Diriku, nyanyian asal oleh kumpulan Wali Band.
Pada awalnya, SS memulakan nyanyian dan kemudiannya disambung pula oleh Sallman. Ketika Sallman sedang menyanyi, nyanyiannya mendapat tepukan gemuruh daripada SS serta juga Ina yang kagum mendengar suara anak mereka membawa lagu tersebut.

Perkongsian video itu menjadi perbualan warganet. Ramai yang memuji suara Sallman yang merdu. Ada juga yang mengatakan jika Sallman menjadi seorang penyanyi, pasti bakatnya dapat gilap kerana Sallman mampu pergi lebih jauh lagi. Sehingga kini, video ini telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
@ustaz.hj.taufik.ut Rindu yang tiada Penghujung. Arwah Ustaz Suhaimi Saad tiada pengganti sampai bila2.😭😭😭 @inamieofficial @inasuhaimi78 #suhaimisaad #ustazsuhaimisaad #ustazsuhaimiinteam #suhaimiinteam #rindutiadapenghujungnya #alfatihah
♬ original sound – Ustaz Hj Taufik ( UT ) – Ustaz Hj Taufik ( UT )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anak Ina ni kalau buat album memang boleh pergi jauh ni. Sumpah best sangat suara dia.. Arwah SS curahkan segala ilmu yg dia ada.. Dri segi pelajaran dunia dan akhirat.. Arwah mmg hebat.. “
” Subhanallah.. MasyaAllah Tabarakkallah.. Merdu suara ank arwah.. Al Fatehah buat arwah Suhaimi.. Semoga berbhagia di alam sana.. Aamiin.. “
” Sedap betul suara sallman ni..kalau digilap ni Boleh pergi jauh.. Al fatihah buat arwah SS, moga arwah ditempatkan bersama orang beriman… Moga anaknya menjadi anak yg soleh.. “
” Padu la suara anak arwah ss ni. arwah SS tak yah ckp la dia memang penyanyi. Dah setahun rupanya arwah SS pergi.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. “
” Sedih bila lihat arwah SS… Camne dia didik ank2 n isteri beliau dahulu ke arah n persediaan sbgai makhluk Allah swt… Al Fatihah buat SS.. “
” Sedap betul suara Sallman, masyaAllah.. Suka tengok arwah sekeluarga, walau hidup sederhana, tapi sangat bertanggunjawab.. Al fatihah untuk SS.. “
” Masha Allah. Sallman rekod lagu lah. lagu nasyid atau pun buat channel YouTube bacaan quran Dan zikir2.. Mesti ramai akan tengok.. “
Merdu sungguh suara Sallman, bakat nyanyiannya diwarisi daripada arwah ayahnya. Selain Sallman, adik-beradiknya yang lain juga boleh menyanyi dengan baik. Untuk rekod, sebelum ini, arwah SS ada menubuhkan kumpulan nasyid keluarganya yang diberikan nama sebagai ‘Bismillah’.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ustaz.hj.taufik.ut, inasuhaimi78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

