Artis / Selebriti
” Anak-anak Eizlan ni muka mix. Zaara macam muka model Latino, Zareef bukan main handsome.. ” – Komen Netizen

Datuk Seri Eizlan Yusof kongsi video sambutan hari lahir anak-anaknya, Vie Zaara dan Zareef Yusof raih perhatian warganet. Wah makin besar, makin segak dan cun anak-anak Eizlan ni..
Datuk Seri Eizlan Yusof mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan terdahulu bersama Vie Shantie Khan iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia. Sekali pun sudah berpisah, hubungan mereka tetap baik dan anak-anak juga mendapat kasih sayang yang penuh daripada Eizlan dan Vie Shantie.
Menerusi perkongsian terbaru DS Eizlan di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Eizlan menyambut ulangtahun kelahiran Vie Zaara dan Zareef. Kakak dan adik ini kelihatan seperti kembar kerana fizikal mereka yang hampir sama besar.
Semestinya kecantikan dan ketampanan wajah Zaara dan Zareef yang menjadi perhatian ramai. Zaara membesar menjadi seorang anak gadis yang cantik dan ayu. Wajah Zaara saling tidak tumpah seperti wajah DS Eizlan, seperti melihat DS Eizlan dalam versi perempuan.
Zareef pula berkulit cerah dan wajahnya juga seperti wajah DS Eizlan ketika muda dahulu. Handsome dan yang penting, tahi lalat anak dan ayah ini sama terletak tempatnya di wajah. Walaupun sambutannya simple sahaja tetapi Zaara dan Zareef kelihatan cukup gembira dan bahagia bersama ayah tersayang.
Jom tonton video di bawah :
@eizlanyusof Double birthday celebration for my babies #viezaara #zareefyusof @yahalaofficial @md.g.86
โฌ Happy Birthday Song 2 – Shorts Remix 2024 – Quinn Changg & Quin Chang
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wow perfect good looking son and beautiful daughter.. Happy Double Birthday. Semoga menjadi anak yg soleh & solehah. Aamiin ya rabb.. “
” Happy bday both of u handsome boy and pretty girl.. kemain elok semua.. macam copy ayahnya dua-dua.. “
” Anak-anak Eizlan ni muka macam orang uzbek okay.. tahi lalat menurun ke anak-anak.. cantik dan tampan anak-anak Eizlan.. “
” Anak lelaki manis wajah nya.. tahi lalat sebijik ayahnya.. Cntik sgt zara ni mcm muka2 latino model.. Happy birthday Zaara dan Zareef.. “
” Besar-besar sudah diorg nie dlu masa jumpa diorg dgn omah dia kcil2 lagi.. sekarang handsome dan cantik 2 beradik ni.. “
” Lawanya Zaara ni, muka tu maniss tak jemu tengok. Zareef pun bukan main handsome lagi.. ni ramai berebut nanti.. “
” Cantik dan handsomenya. tahi lalat papanya lekat seorang satu.. Zareef tu tahi lalat sama macam Eizlan.. copy paste betul.. “
Zaara dan Zareef yang cantik dan handsome, saling tak tumpah wajahnya seperti Eizlan. Semoga bertambahnya usia, Allah kurniakan kedua-dua anak Eizlan ini kesihatan yang baik, keberkatan dalam hidup, berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eizlan Yusofย ย
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagus cara Syafiq tu, halus je dia bagi ayat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anggun sungguh Jemyma. Royal style, her face pun nampak vibes puteri raja.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya tak pernah buat orang macam ni, saya minta maaf.. ” – Umie Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kakak bagi hint gender baby lah. Lama tau kita tenung skrin tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Patutlah nak Dato’ Siti nyanyi kat wedding, romantis betul kisahnya, haha..” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Part ni aku tak berhenti ketawa. Fattah geram dengan Aca, takut Aca spill lagi banyak daripada Irfan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkadang nak diluahkan rasa, tak ada tempat.. ” – Bonda Rozita