Artis / Selebriti
” Amira terus ajak Fattah bawa Fatima sekali naik pelamin. Kalau orang lain, mesti dah tarik muka.. ” – Komen Netizen
Video moment ketika Amira Othman memanggil Fattah Amin supaya membawa Fatima Aisya naik duduk di pelamin buat ramai terharu. Setulus kasih Amira, dia sendiri yang ajak. Tersentuh tengok cara Amira pujuk Fatima..
Ikatan perkahwinan telah pun termeterai antara Fattah Amin dan Amira Othman semalam. Pelbagai moment menarik yang terakam di lensa media dan ianya menjadi perhatian wargamaya. Kehadiran Fatima Aisya menyerikan lagi hari bahagia Fattah dan Amira.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Safienasyafiq, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan moment ketika Fattah ingin naik ke pentas untuk menyempurnakan upacara batal air sembahyang. Fatima kelihatan sedikit tantrum dan tidak mahu berenggang dengan Fattah.
Fattah cuba memujuk Fatima supaya duduk bersama adiknya di meja, namun Fatima tidak mahu. Amira yang menyedari dan memahami keadaan Fatima memberikan isyarat tangan kepada Fattah supaya membawa Fatima duduk bersama di atas pelamin.

Tindakan Amira dan ketulusan hatinya itu menyentuh hati warganet. Tidak semua wanita dapat menerima jika situasi sebegini terjadi tetapi Amira pandai mengawal keadaan. Yang lebih penting, Amira juga sama-sama memujuk Fatima supaya bertenang dengan mengusap lembut badan Fatima.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@safienasyafiq aku taknak nangis sorang2 😭 #fattahamin #amiraothman
@safienasyafiq Membalas kepada @starlight- korang ot kan 😆 #fattahamin #amiraothman #setulustakdirfattahamira
Ribuan tanda suka telah diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Amira pasti jadi ibu tiri yang baik. Baik hatinya, jiwa, fizikal maupun emosinya. yakin amira akan syg anak fatah sbb dia dgn adik beradik sgt rapat lagi2 adik yg last . seorg penyayang.. “
” Sesabar itu Nadia Amira.. masa tgok fatima.. teringat baiknya fazura.. dia benarkan tengok fatah.. bagusnya ayah.. tetap dgn anaknya.. amira.. baiknya sbb terima seadanya dan ikhlas.. “
” Amira dari jauh dah boleh baca situasi yg jadi dekat fattah n fatima.terus je panggil fattah naik atas bawak fatima. hebatnya dia handle situasi on the spot gitu je terus kasi settle.. “
” Masa ni aku rasa mira baik gile gile gile weh. dia terus ajak fattah bawak fatimah sekali naik pelamin. respect la. kalau org lain , mesti dah tarik muka. the only moment sekali seumur hidup kot nak ada atas pelamin berdua dgn suami tapi mira ni lain fia faham dia nikah dgn laki yg ada anak. so she handle the situation nice je.. “
” Dekat situ nampak hati dia bersih & dia terima fattah seadanya dan dia memang pilih jalan untuk bersama dengan FA ( ada anak ) siap duduk sekali atas pelamin sama.. “
” Nampak muka fattah dah nak berubah… Tapi Amira pandai handle situasi.. Salute dekat Amira ni.. hari ini hari bahagia buat Amira. Tentu dia nk best moments dgn Fattah saja. Tpi dgn kehadiran anak Fattah menunjukkan Amira kuat terima itu semua. You got my respect Amira. Allah tgh uji kamu.. “
” Sabar dan matang, Amira ciri ciri isteri solehah. situasi ni membuktikan siapa Amira.. amira ikhlas dan bersedia terima fattah & dan fattah seorang bapa yang baik sampaikan nyamma pun taknak renggang dengan dia. tulusnya dia menerima Fatah.. “
Setulus takdir Fattah Amira, setulus itu juga lah Amira menerima Fattah seadanya. Fatima juga adalah sebahagian kehidupan baru Amira dan pastinya Amira akan menjadi ibu yang baik untuk Fatima. Semoga segala yang baik-baik untuk Fattah, Amira dan Fatima.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fienamoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

