Artis / Selebriti
” Amira Othman, sebelum kisah dia dikaitkan dengan Fattah Amin, kakak dah.. ” – Liza Abdullah

Video Liza Abdullah kongsi cerita mengenai keperibadian Amira Othman raih perhatian ramai. Kita yang dengar apa yang Liza cerita pasal Amira ni pun jadi sejuk hati. Ramai yang sayangkan Amira..
Kisah Amira Othman dan Fattah Amin yang dikatakan sedang hangat bercinta sehingga ke hari ini menjadi tanda tanya orang ramai. Meskipun dilihat begitu akrab, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mengunci mulut untuk bercerita hal tersebut kepada umum.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik salmoniee, telah dikongsikan video yang memaparkan, pelakon senior, Liza Abdullah berkongsi cerita mengenai keperibadian Amira. Kata Liza, dia mengenali Amira sudah lama sebelum Amira dikaitkan dengan Fattah lagi.
Liza juga menganggap Amira sudah seperti adiknya dan memuji keperibadian penyanyi tersebut yang dikatakan seorang wanita yang sangat tinggi budi bahasa dan langsung tidak sombong dengan sesiapa pun. Malah, kata Liza lagi, dia tahu mengenai hati budi Amira.
Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang turut berpendapat seperti Liza dengan mengatakan Amira sememangnya seorang wanita sangat lemah lembut dan baik hati. Bukan itu sahaja, ada peminat mendoakan semoga Amira cepat berkahwin.
Tonton video di bawah ini :
@torygolden kak liza abdullah describe pasal amira othman, alhamdulillah, semoga amira othman sentiasa dikelilingi orang2 yang baik aminn. #amiraothman #fattahamin #lizaabdullah #fypage #fyp
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Betapa org sayangkan wanita bernama Amira Othman ni, org bercakap baik ttg dia je maksudnya dia betul2 baik. Please sy tk nak tgk air mata wanita ni keluar wlapun setitik.. “
” Betul.. Aura Amira Othman ni jd fenomena. Wlupun, Amira kata dia tumpang populariti Fattah, ttp sebenarnya tak, AO ni ada sgt ramai silent fans.. “
” Semoga pengakhiran kisah percintaan Fattah dan Amira berakhir dgn perkahwinan .Amin.. Aku jamin Fattah ni mmg org yg baik² n bkn problem , yg org kata tak bertanggungjawab , curang semua tu.. “
” MasyaaAllah.. Rasa terharu bila org ckp baik2 ttg Amira. Semoga Allah lindungi dia dari segala kejahatan dan berikan dia yg baik2. Aamiin.. “
” Amira rajin pegi kelas2 Agama selalu nampak dia join kelas agama Yang Lofa buat sebelum2 ni circle Amira semua baik2. Moga Amira dpt jodoh yang baik2 jugak amin.. “
” MasyaAllah tabarrakkallah ramai orang sayang pada Amira ..orang orang baik ramai yang sayang..semoga Fattah dan Amira jodoh yang tepat insyaAllah..”
” Kan. AO sngatla soft spoken, sgt teratur tutur bahasa. sopan lagi beradab. Allah lagi tau apa yg terbaik untuk AO. Semoga jodoh yg ditunggu AO muncul scepat mungkin.. “
Terharu mendengar luahan Liza memuji keperibadian Amira. Bak komen warganet, orang yang baik pastinya ramai yang sayang. Contohnya seperti Amira yang langsung tidak sombong dengan sesiapa pun, sering mengukir senyuman dan bersopan santun, semestinya ramai yang senang berkawan dan sayang dengannya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok salmoniee, IG amiraaothman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen