Artis / Selebriti
” Amir dah pandai layan peminat. Dah tak kaku lagi, hehe.. ” – Netizen
Video Gelagat Amir Ketika Membuat Persembahan Sambil Melayan Peminat-Peminatnya Di Bawah Pentas Buat Ramai Terhibur. Wah Amir Dah Pandai Layan Peminat, Takde Lagi Malu-Malu Dan Kaku Macam Sebelum Ni. Part Mak Amir Naik Pentas Peluk Amir Tu Sebak Sangat !!
Pada minggu lalu adik Amir Sisi dan coachnya, Putera Muhammad dinobatkan sebagai juara bagi program realiti televisyen The Chosen One. Bukan itu sahaja, Amir berjaya melakar sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.
Kemenangan Amir itu telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment. Manakala Putera Muhammad selaku jurulatih terbaik pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Meninjau di akaun TikTok milik karimrashid telah dikongsikan video baru yang memaparkan Amir melakukan persembahan di Karnival Kemarian bertempat di dewan terbuka SK Rps Kemar. Menerusi video itu, Amir menyampaikan lagu ‘Untukmu Ibu’.

Gelagat Amir ketika membuat persembahan telah menarik perhatian warganet. Amir dilihat sudah tidak kaku dan mesra melayan peminat-peminatnya yang terdiri daripada rakan-rakannya yang hadir. Di akhir persembahan, ibu Amir turut menemani Amir di atas pentas dan mereka saling memeluk antara satu sama lain.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar )
@karimrashid_ Full version Untukmu Ibu – Adik Amir Sisi #tiktokmalaysia #thechosenone #amirthechosenone #fypシ #astroceria #meletop #viraltiktok #adikamir
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amir dah pandai layan peminat, dah tak kaku lagi, hehehe.. Tahniah smoga trs berjaya dlam bidang yg adik Amir ceburi.. “
” Dah mula nampak matured dalam persembahan.. Cuba nak adapt dgn penonton wlupun tU kawan2. Nak jadi macam Coach dia juga.. Teruskan belajar Amir.. “
” Alhamdulillah. Amir dh nmpak berani di atas pentas. Hahahaha pandai plak buat lawak.. Senyum semua orang tgk Amir.. “
” Menang1s acik Amirr…. Rindukan arwah mak acik bila Amir nyanyikan lagu oh ibu.. Semoga Amir terus berjaya dan menjadi anak yang baik.. “
” Lagi kelakar adik Amir melayan kwan2 dia tersenyum seorg2.. Ceria betul tgk Amir ni, peramah rupanya dia.. “
” Sebiji cam artis popular dah budak Amir nie… Bagus2 hebat kau Amir.. Ramai peminat adik Amir duk menjerit nama dia.. “
” Perghh.. Adik amir dah mkin smart la.. Mkin hensem.. Pandai dah dia layan peminat.. Hahaha.. Lucu tgk adik Amir ni.. “
Amboi sambil menyanyi sambil bersalaman dengan peminat. Part last tu paling comel gelagat Amir, siap lambai-lambai tangan lagi. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Amir atas kemenangannya baru-baru ini, semoga Amir bukan sahaja akan berjaya dalam bidang seni suara, malah dalam pengajiannya juga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok karimrashid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar




