Connect with us

Artis / Selebriti

” Amboi, Afwa lagu cicak je side eyes eh. Masuk je Golden terus senyum lebar.. ” – Komen Netizen

Video anak DS Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa menyanyikan lagu Golden yang popular menerusi filem Kpop Demon Hunter buat ramai terhibur. Rupa-rupanya ini lagu favourite Afwa..

Meninjau ke akaun Instagram Xtra.my, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi live Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Afwa telah meraih perhatian ramai. Menerusi sesi live tersebut, Dato’ Seri Siti sempat menyanyikan lagu Cicak.

Ramai peminat memuji kemerduan suara Dato’ Seri Siti menyanyikan lagu tersebut. Terasa lain vibe lagu cicak bila dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara. Afwa yang berada di sebelah Dato’ Seri Siti sempat menjeling kepada ibunya ketika sedang menyanyi.

Afwa sememangnya sering menegur nyanyian ibunya yang dikatakan tidak sedap. Malah Afwa juga pernah menutup telinganya ketika ibu sedang menyanyi. Gelagat Afwa tetap sama dalam video ini apabila mendengar ibunya menyanyi seperti tidak menyukainya.

Dato’ Seri Siti kemudian menukar kepada lagu kegemaran ramai kanak-kanak iaitu Golden yang popular dalam filem Kpop Demon Hunter. Tanpa disangka Afwa terus tersenyum dan menyambung lagu tersebut apabila mikrofon dihala kepadanya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Afwa tak excited langsung dengar ibu nyanyi hahahahha.. Sedap plk dct nynyi lagu cicok.. hahahh mmg budak2 suka btul Golden.. “

” Amboi afwa lagu cicak je side eyes eh  masuk je golden terus senyum lebar dia hahahahahah. Select betul.. lain macamm terusss laguu dia yaa.. “

” Tokti begini tak mekaup pon elok jer.. sedap mata memandang.. aku kalau cm nie mau kena pkai filter 9 lapis .. Gitu je awak tepis mic ibu awak eh.. “

” Mungkin Tokti perlu nyanyi lagu Golden lepas nii senyum dia nyanyi, comelll jee.. Afwa ank no 2 … hebat ank2 no 2 niii kannnn.. “

” YaAllah ingat ank aq je dk gila menyanyi lagu golden allahu serabut dh kepala mak dia ni dk dgr hri2…blk krja ambk dri rmh pengasuh je dk ulang sruh kita nyanyi sama.. “

” Lagu golden tu, x taubla dgn soda pop dgn takedown.. jenuh ari2 dok meratip tu ja lahhh.. kemain dia judge ibu dia nyanyi afwa ni .. “

” Tokti nanti konsert nyanyi lagu cicak full version lah. Mcm best pulakk.. Dia side eye mak nyee.. lagu kanak2 sedunia agaknnya golden ni.. “

Nampaknya Dato’ Seri Siti perlu menyanyikan lagu-lagu kegemaran Afwa selepas ini. Barulah nampak senyuman di wajah Afwa. Mungkin Afwa tidak marah apabila lagu kegemarannya dinyanyikan oleh ibunya. Mesti Afwa akan puji nyanyian ibu, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Xtra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Handbag Denim

Trending

Copyright © Berita Kopak