Connect with us

Artis / Selebriti

” Alooo Bilal sayang. Dah boleh jadi imam tak lama lagi.. ” – Komen Netizen

Neelofa kongsi video dan gambar sedang solat bersama anak sulungnya, Muhammad Bilal raih perhatian warganet. Masya Allah Bilal, sejuk mata melihat Bilal anak soleh umi ni.. 

Anak sulung kepada pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal sudah pun 4 tahun usianya. Sejak masih bayi lagi, Bilal sudah dibiasakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, doa harian dan zikir memuji kebesaran Allah SWT.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Neelofa, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan moment indah Neelofa bersama Bilal. Anak dan ibu ini solat bersama-sama dan ianya menarik perhatian warganet khususnya peminat Neelofa.

Bilal memakai jubah lengkap berkopiah. Manakala Neelofa pula memakai telekung solatnya. Melihat Neelofa dan Bilal solat bersama seperti ini membuatkan warganet kagum. Bilal seorang anak yang disifatkan oleh Neelofa sebagai anak yang menjadikan Al-Quran sebagai hiburan hati dan zikir sebagai bahasa jiwanya.

Neelofa turut menitipkan satu doa yang indah untuk Bilal dan ianya menyentuh hati warganet. Doa yang penuh pengharapan daripada seorang ibu untuk anak tersayang. Beruntung Bilal kerana diasuh dengan ajaran agama yang sempurna oleh abah dan uminya.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian oleh Neelofa ini sehingga kini telah pun meraih lebih 130 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Memori dengan anak, seronok bila tengok balik nanti. memasing dah besar.. Ya Sheikh tak lama lagi boleh jadi imam kpd Umi.. “

” MashaAllah Tabarakallah Subhanallah Alhamdulillah.. sukanya tgk Bilal… Semoga sentiasa dibawah peliharaan Allah SWT.. “

” Alhamdulillah.. celebrity yg beri teladan yg baik pd masyarakat… Comel dooh Bilal Anak Soleh.. Semoga jd ikutan dlm mndidik ank.. “

” Alhamdulillah. Semoga makbul doa dan harapan ibu untuk anakandanya. Semoga menjadi anak soleh Ummi selamanya Aamiin Ya Rabb.. “

” MashaAllah Bilal dan Ummi.. Smg Allah makbulkan Aamiin ya Rabb.. Alooo sayang Bilal.. dah boleh jadi imam tak lama lagi.. ” 

” MasyaAllah. Bilal jadi imam ke tu? Bilal anak soleh.. May Allah accept your prayers.. Bestnya doa nie.. “

” Alhamdulillah.. Anak yg soleh.. indahnya doa ni.. aamiin aamiin cute bilal.. Anak soleh penyejuk hati ibu.. Terharu dgn didikan neelofa buat ank2 nye.. “

Alhamdulillah sejuk mata memandang Bilal solat bersama uminya. Anak soleh dambaan semua ibu bapa dan semoga segala doa dan harapan Neelofa terhadap Bilal dimakbulkan Allah. Semoga Bilal terus menjadi pencinta Al-Quran dan menjadi pendakwah hebat apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofa   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak