Artis / Selebriti
” Allahuakbar, saya pun terikut menangis. Rindu yang teramat la tu.. ” – Netizen
Video Reaksi Raissuddin Hamzah Ketika Melihat Banner Memaparkan Wajah Arwah Siti Sarah Buat Ramai Tersentuh. Sedihnya Masa Raissuddin Tunjuk Gambar Sarah Dan Kesat Air Mata Tu. Rindu Seorang Ayah Pada Anak Yang Sudah Tiada, Sebak Sungguh !!
Sudah 2 tahun berlalu semenjak penyanyi kesayangan ramai, arwah Siti Sarah Raissudin kembali ke rahmatullah. Kenangan bersama Siti Sarah masih segar dalam ingatan terutamanya untuk ayah Sarah, Raissuddin Hamzah. Kehilangan satu-satunya anak perempuannya bukan perkara mudah untuk dihadapi.
Meninjau akaun Instagram Suciuwais, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Raissuddin ketika melihat banner yang memaparkan wajah Siti Sarah di perkarangan pejabat Loveta. Ketika ini, Makder dan team yang lain sedang membuat promosi jualan secara besar-besaran.
Pada awal video, Makder yang dari dalam pejabat memberitahu ingin berjumpa kekandanya itu kerana sudah 3 hari tidak bertemu. Monyok sahaja wajah Raissuddin sambil jarinya menunjukkan ke arah gambar Siti Sarah. Bertambah sayu apabila melihat Raissuddin mengesat air matanya.

Makder dan Talita cuba menenangkan Raissuddin dengan memeluk dan mengusap belakang Raissuddin. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya Raissuddin yang tahu segala rasa perit yang dirasai setelah Siti Sarah tiada.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Makder ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah, sebaknya terasa di hati kita.. rasa sedih tu sampai ke saya.. Alfatihah untuk arw4h Siti Sarah.. ”
” Kasih sayang seorang ayah terhadap anak yang telah tiada. Menitik sama airmata tengok kesedihan Raissuddin.. ”
” Mula-mula sedih.. lepas tu tengok part lap air mata kat shawl makder tu, tergelak kejap.. tapi memang sedih tengok abah Raissuddin nangis teringatkan Sarah.. ”
” Bukan uncle sye pon kalau tengok gambar arw4h ayah dengan arw4h kakak pon sye menangis tak henti-henti.. ”
” Rindu yang tiada penghujungnye.. rindunya raissuddin pada sarah.. Memanglah sedih satu2 nya anak perempuan yg dia.. alfatihah.. ”
” Besar gambar tu size badan arw4h jadi terasa mcm dia ada dekat situ.. Sy pun terasa kesedihan. Al fatihah dibaca buat arw4h .. semoga arw4h ditmptkan dikalangan org yg beriman.. ”
” Allahuakbar saya pon terikut menangis. rindu yang teramat la tu.. Mmg sdih .. tgk gambar-gambar lama pun boleh sedih. Al fatihah utk sarah.. ”
Hati seorang ayah, sekuat mana pun pasti akan jatuh juga air mata apabila mengenangkan anak yang telah pergi selama-lamanya. Semoga arwah Siti Sarah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah untuk Siti Sarah.

Silakan SHARE..
Sumber : Makder
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen



