Artis / Selebriti
” Allah tidak pernah abaikan sesiapa.. ” – Ardini Angeline Tan

Muatnaik Video Dan Gambar Ketika Berada Di Tanah Suci, Perkongsian Angeline Tan Buat Ramai Tersentuh. Alhamdulillah, Hebatnya Perancangan Dan Takdir Allah Untuk Angeline !!
Dua hari lalu, pelakon Ardini Angeline Tan telah dijemput menjadi ‘tetamu Allah’ apabila berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Sabri Yunus. Berita gembira itu dikongsikan Angeline menerusi satu hantaran dalam Instagram serta memohon orang ramai mendoakan semoga dipermudahkan urusan umrahnya kali pertama ini.
Angeline tampil manis menggayakan tudung labuh dan jubah berwarna hitam berada di sisi Sabri di lapangan terbang sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Perkongsian oleh Angeline itu telah menerima pelbagai kata-kata positif daripada netizen.
Setelah Angeline tiba di Tanah Suci, Angeline sekali lagi memuatnaik beberapa gambar dan video aktivitinya di sana. Tulis Angeline, dia baru sahaja menunaikan solat di Masjid Nabawi, Madinah serta meluahkan rasa tenang melihat suasana di sana.
Selain itu, Angeline juga turut berkesempatan menunaikan solat jenazah. Selepas solat Zohor pula, Angeline bermain dengan burung-burung merpati di hadapan Masjid Nabawi. Perkongsian oleh Angeline ini menerima puluhan ribu tanda suka serta ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Angeline ini. Antara komen-komen warganet adalah :
” Indahnya baca apa yang ditulis oleh Lucy, berseri-serti wajahnya di sana.. Hidayah itu indah subhanAllah.. Selamat menjalankan ibadah Lucy & Abe.. “
” Selamat Menunaikan Umrah Ardini dan Sabri Yunus.. Semoga di Permudahkan Segala Urusan nya dan Mendapat Umrah yang Mabrurah insyaallah Aamiin.. “
” Alhamdulillah.. Wajah yang sangat tenang dan berseri. Hati saya rasa tenang lihat Angeline. Selamat menunaikan umrah dan semoga berbahagia selalu.. Aaamiinn ya rabbal Aalaminn.. “
” Syukur Alhamdulillah.. Atas nikmat iman dan islam.. Allah Memberi hidayah kepada hambaNya yang terpilih.. Semoga segala urusan dipermudahkan.. “
” MashaAllah tabarakallah.. Hebatnya perancangan dan takdir Allah. Suka tgk aunty Lucy dulu dan sekarang. Tenangnya.. “
” MashaAllahhh, tgk kak Angeline rasa happy & tenang.. Smga dipermudahkan urusan, mendapat umrah mabrur.. Dimakbulkan segala doa inshaAllah Aaamiin.. “
” You look so beautiful and lovely Aunty Ardini.. Thanks for sharing with us your umrah journey.. Do take care of yourself and uncle too aunty… We miss both of you so much.. “
Betul lah apa yang dikatakan warganet, nampak berseri-seri wajah Angeline. Tenang sahaja memandang wajahnya. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan ibadah umrah Angeline bersama suami akan dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG angelinetanyy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen