Connect with us

Artis / Selebriti

” Alisa comel la buat stunt. Kecil-kecil ayahnya campak dalam kolam, dah besar backflip pulak.. ” – Komen Netizen

Video Hairul Azreen melatih anak-anaknya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah membuat aksi backflip curi perhatian ramai. Wah hebat dua beradik ni buat backflip. Hebat macam daddy lah..

Hairul Azreen yang mengumumkan pengundurannya dari bidang lakonan kini tenang bersama isteri dan anak-anak. Lebih banyak masa dapat diluangkan oleh Hairul untuk Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah berbanding ketika dia sibuk dengan pelbagai jadual shooting dahulu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hairul Azreen, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hairul bersama Yusuf dan Alisa. Hairul sendiri melatih anak-anaknya dan dibantu oleh seorang coach untuk  membuat aksi stunt.  Untuk kali ini, aksi backflip diajarkan kepada Yusuf dan Alisa.

Alisa dan Yusuf sememangnya percayakan daddy mereka ini 100 peratus. Teruja warganet melihat keyakinan yang ada dalam diri Alisa dan Yusuf itu. Alisa sejak kecil dilihat memang agak lasak dan lebih agresif berbanding Yusuf yang sopan dan santun.

Melihat gelagat Alisa yang aktif itu, ramai yang menyuarakan kebimbangan sekiranya anak kawan baik Hairul, Achey Bocey iaitu Tiara Zinnirah menonton video ini. Sebelum ini juga, Tiara pernah meminta untuk membuat aksi lasak yang sama sebagaimana yang Hairul dan Alisa lakukan dalam satu video viral.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untu pembaca :

” Okay lepas ni turn anak Achey pulak buat stunt.. masak lah bapak dia kalau tiara pun nak macam ni.. Achey get ready ye.. “

” Harapnya Tiara tak nampak laa video ni.. tapi kan saya syak Tiara tengah praktis sekarang gara-gara teruja tengok alisa flip.. “

” Dia turunkan ilmu pada anak-anak dia pulak.. sekejap je rasanya Yusuf dengan Alisa membesar.. cepatnya masa berlalu.. “

” Alisa comel la buat stunt.. hebatnya abang dan adik ni.. Jangan bagi Tiara nampak lah, kalau tidak habis lah Achey.. patah riuk nanti.. “

” Achey, aku takut Tiara request macam ni kang.. bersedia lah haha.. dah boleh bayang dah kalau Tiara dengan achey macam mana.. “

” Go Yusuf, go Alisa.. masya Allah dua dua hebat.. double boleh ni.. dorang ni memang 0 trust issue dengan ayahnya.. bakal sehebat daddy ni.. “

” Alisaaa.. menyala Alisa.. Kecik-kecik ayahnya campak dalam kolam , dah besar backflip pulak . Anak-anak hairul memang cenggini.. “

Hebat lah kecil-kecil sudah dilatih untuk membuat aksi sebegini. Cuma kerisauannya sekarang jika Tiara meminta Achey untuk belajar stunt sama, tak terbayang bagaimana Achey ingin memenuhi permintaan Tiara itu. Apa-apa pun, Alisa dan Yusuf teruskan latihan, pasti akan menjadi sehebat daddy kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen, Tiktok Hairul Azreen   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Sace Lady Compact Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak