Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, terubat sedikit rindu anak solehah ini kepada arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kongsi gambar dan video bertemu kali kedua dengan anak angkatnya, Putri Qisya Nur Izzat (anak mangsa tragedi Sungai Korok) buat ramai tersentuh. Manja sangat Qisha dengan Datuk Nurul, terubat rindunya dengan sosok tubuh seorang ibu..
Baru-baru ini, kisah tragedi Sungai Korok yang mengorbankan 6 ahli keluarga telah membuat ramai yang turut berduka. Bukan itu sahaja, paling menyayat hati apabila mangsa tragedi tersebut meninggalkan anak sulung mereka iaitu Putri Qisya Nur Izzat yang berumur 12 tahun menjadi anak yatim piatu dengan sekelip mata.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram ahli politik, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, telah dikongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan dia bertemu dengan Qisha buat kali kedua. Untuk sekadar info, sebelum ini, Datuk Nurul ada pergi menziarahi Qisha di rumah keluarganya dan mengambil Qisha menjadi anak angkatnya.
Video pertemuan kali ini memaparkan Datuk Nurul mengisi masa bersama Qisha dan ahli keluarga Qisya yang lain di sebuah restoran kerana kebetulan pada hari yang sama, Qisha menjadi tetamu jemputan di stesen Radio Hot FM. Tulis Datuk Nurul di ruangan kapsyen, mendoakan agar Qisha menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia serta akhirat.

Selain itu, Datuk Nurul juga memberitahu pada minggu hadapan dia akan ke Kedah untuk bertemu dengan Qisha lagi. Perkongsian video ini telah mengundang sebak warganet melihat layanan Datuk Nurul terhadap Qisha. Tulis warganet, rindu Qisha terhadap arwah ibunya terubat apabila Qisya dapat bertemu dengan Datuk Nurul.
Ikuti perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai kata ucapan telah dititipkan oleh warganet kepada Qisha serta Datuk Nurul. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Teruih keluaq ayaq mata dengaq lagu ni .. Terpancar wajah penuh ikhlas thethe terhadap Qisha.. InsyaAllah Qisha akan menjadi anak yang berjaya.. “
” Alhamdulillah, terubat sedikit rindu anak solehah ini kepada arwah ibunya.. Semoga kebaikan dunia akhirat buat Nurul kerana menyantuni anak yatin piatu ini.. “
” Alhmdulillah syukur ya Allah.. Terima Kasih Kak Long sudi bagi kasih sayang kepada Qisha.. Buat Qisha, semog awak terus kuat yer sayang.. “
” MasyaAllah . Bergenang air mata.. Tepat lagu Rahsia Tuhan ni.. Semoga Kak Long sentiasa dimurahkan rezeki.. Hanya Allah sahaja membalas kebaikan Kak Long.. “
” Mulia hati thethe.. Semoga anak bertuah Qisya ini menambah kebahagiaan thethe & family.. Ramaiiii sayang Qisha. Alhamdulillah.. “
“Bertuah anak ini… Sesungguhnya sgt mulia hati puan apabila menyantuni anak yatim piatu ini, semoga Allah merahmati kedua2 insan ini.. “
” Cantikkk dia, nmpk sopan, matang dan pintar…. Sbb ti dia blh menjawab soalan dgn lancar, berhemah dan penuh makna.. “
Cara Qisha dan Datuk Nurul bergambar, jelas mereka ini semakin rapat dan nampak Qisha seorang anak yang manja. Semoga kasih sayang yang dicurahkan oleh Datuk Nurul kepada Qisha sedikit sebanyak dapat lah Qisha berteduh kasih daripada seorang ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurul.zahid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

