Artis / Selebriti
” Alhamdulillah tahniah Ryan, sedap nama anak.. ” – Netizen
Ryan Fahmi Bakery Kongsi Khabar Gembira Isteri Sudah Selamat Melahirkan Anak Sulung Mereka. Wah Tahniah Ryan, Sedapnya Nama Baby !!
Meninjau di akaun Instagram milik personaliti media sosial iaitu Ryan Bakery berkongsi berita gembira kini sudah bergelar bapa selepas isterinya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor.
Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery memuatnaik gambar sedang mendukung anaknya dan menerusi hantaran sama, Ryan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya serta isteri.
Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memberikan ucapan tahniah dan dalam masa yang sama menyakat Ryan agar tidak meletakkan bedak kepada wajah anaknya seperti yang dilakukankannya ketika membuat content sebelum ini.

Sehingga kini, perkongsian oleh Ryan mengenai kelahiran anaknya itu menerima ratusan komen dan ratusan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai lebatnya rambut baby, nama pilihan Ryan buat putera sulungnya pun indah dan unik.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya turut memberikan kata ucapan tahniah buat Ryan dan isteri serta menitipkan doa buat anak Ryan. Antara komen-komen warganet adalah :
” Alhamdulillah tahniah Ryan, sedap nama anak.. Welcome to bapak-bapak life Ryan.. Lps ni jangan berebut nak tempek bedak tau, hehe.. “
” Tahniah Ryan.. Lepasni boleh start buat content bapa bapa pula haha.. Semoga anak dan ibunya sihat dan selamat berpantang buat Elyia.. “
” Congrats Ryan dah bergelar seorang ayah.. Welcon baby Ryan Ezra. Bedak kena beli lebih la lepas ni.. Nanti mesti keluaq konten bapak2..
” Allahumma faqqihhu fiddiin wa’allimhut taa’weel. amin, utk anakandanya.. Semoga anak ini membesar menjadi anak yang soleh.. “
” Alhamdulillah, moga anak ini membesar dalam keberkatan, lindungan dan rahmat Allah. Tahniaaah buat Ryan dan isteri.. “
” Alhamdulillah. Welcome to DADDYDAYCLUB.. Jangan pulak tepek bedak dekat muka baby yer Ryan, hehe.. Tengok tepi baby macam ikut muka daddy lah.. “
” Alhamdulillah mabrouk Ryan. Semoga menjadi ayah yang terbaik inshaallah.. Semoga Ryan Ezra membesar jadi anak yang soleh, amin.. “
Untuk sekadar info, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun 2022 dan pada bulan Ogos tahun lalu, Ryan berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Ryan serta Elyia atas kelahiran cahaya mata mereka. Semoga Ryan Ezra membesar menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ryanfahmibakery
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz



