Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
Video anak Ridz Okumura, Sky Taizo mengaji ketika di sekolahnya raih perhatian ramai. Ahamdulillah, kalau arwah Akiko ada, mesti bangga dengan Sky. Sebak pula tengok..
Meninjau ke akaun Instagram Ridzokumura, perkongsian sebuah video yang memaparkan anaknya, Sky Taizo mengaji Al-Quran di sekolahnya telah meraih perhatian ramai. Sky membaca Al-Quran di atas pentas dan semestinya di khalayak ramai.
Sebagai seorang bapa, Ridz mengucapkan rasa syukur apabila melihat Sky membesar seiring dengan didikan agamanya. Sky kini sudah meningkat usia remaja dan membesar dengan begitu baik walaupun selepas ketiadaan ibunya, Akiko Okumura.
Sky merupakan kacukan Malaysia dan Jepun daripada sebelah ibunya. Tahun lalu ibu Sky iaitu Akiko telah pergi meninggalkan mereka. Walaupun di awal pemergiaan ibunya, Sky dilihat seperti sudah hilang semangat, namun kini Sky sudah mampu bangkit daripada duka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang tersentuh melihat Sky terus kuat dan meneruskan kehidupan dengan baik walaupun pernah melalui kehilangan besar dalam hidupnya.
Jom tonton video di bawah :
Ada yang memuji cara Ridz membesarkan anaknya dengan menitikberatkan nilai agama dan akhlak. Antara komen-komen yang diberikan :
” Alhamdulilah sejuk ibu yg mengandungkan ..bertuah Ayah & arwah ibunya, sky ni mcm anak insta kami, tetiba sebak tengok anak dh khatam quran .. “
” Alhamdulillah sky memang anak yg hebat..bertuahnya abang..kalau lah kak Akiko ada mesti dia bangga dengan sky..semoga Allah sentiasa melindungi sky.. “
” MasyaaAllah Alhamdullillah.. Aunty is so proud of you Sky! Your mummy is so blessed to have you.. Your daddy must be the proudest daddy today.. “
” Alhamdulillah good job Sky Chan! Online mummies are proud of you alhamdulillah, anak pembela ayah dan ibu di akhirat nanti.. “
” MasyaaAllah sky.. mesti arwah mommy dia bangga.. congrats juga kepada daddy dia sbb pandai mendidik sky.. Tahniah juga daddy dan aruah mummy mempunyai anak yg baik.. “
” Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Allahhummasollialamuhammad…tnniah ayah dan anak yg baik. Sebakkk Congrats Sky! All the way anak soleh.. “
” Alhamdulillah Sky berani baca Al Quran depan orang ramai. Anak yg baik dan luar biasa, Alhamdulillah. tahniah sky.. Dah Qatam quran. semoga menjadi anak yg soleh.. “
Didikan seperti ini amat penting terutama dalam membentuk jati diri anak-anak sejak usia muda. Semoga Sky Taizo terus membesar menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

