Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, salute to Lana sentiasa ajar anak-anak dan suami mendekati Allah.. ” – Komen Netizen
Lana Nodin Kongsi Video Anak-Anaknya Sedang Solat Raih Perhatian Ramai. Alhamdulillah, Pandai Kakak Gia Quinn Ajar Adik Billy Solat !!
Meninjau ke akaun Instagram Lana Nodin, posting terbaru Lana telah meraih perhatian ramai. Lana memuatnaik sebuah video yang memaparkan anak perempuan dan anak lelakinya sedang menunaikan solat. Sebagai seorang ibu pastinya berasa bangga dan bersyukur melihat anak-anak rajin bersolat.
Gia Quinn dan Billy masih lagi kecil tetapi sudah pandai menunaikan solat dengan sendiri. Sebelum ini Lana pernah berkongsi sebuah video yang memaparkan Lana mengajar suami dan anak-anaknya menunaikan solat. Bukan itu sahaja, Lana juga turut memanggil ustaz dan ustazah untuk mengajar mengaji.
Umum mengetahui yang suami Lana merupakan seorang muallaf iaitu seorang lelaki berbangsa Inggeris yang berasal dari Amerika Syarikat. Ramai peminat memuji cara Lana mendidik keluarganya mengenai agama Islam walaupun sudah lama berkahwin.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya dan kita sepatutnya mendidik anak-anak agar rajin menunaikan solat sejak dari kecil lagi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji cara didikan Lana terhadap anak-anaknya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Teruskan solat. I m very salute to Lana ajar anak dan family jaga hubungan dgn Allah SWT.. Rasa mcm Baru tgok Gia masa baby..la Ni dh besar dia.. “
” Alhamdulillah.. salute to lana sentiasa ajar ank² n suami mendekati Allah swt . Tahniah lana. Semoga familya lana sentiasa d berkati n anak2 lana, menjadi ank yg soleh n soleha.. “
” Good mummy, keep it up, tahniah Lana. May Allah grant you with jannatul Firdaus… Alhamdulillah.. anak soleh solehah .. “
” Bagus banget mbak Lana.. ajarin anak sholat.. semoga sukses kedepannya mbak !! Amin!! Allahumma Amin semoga kakak teris.. “
” Mashallah.Pandai nye billy.. budak bijak..inshaallah will be solehah n soleh..aamiin. Slowly she will be perfect…Allah Maha mengetahui .. “
” Masya Allah.. sejuknya hati tengok anak2 bersolat mcm ni. insha Allah ank2 akan kekal bersolat kalau dah dipupuk sejak kecil. Semoga sis dan keluarga sentiasa dlm hidayah, rahmat dan kasih syg Allah.. “
” Masyaallah Tabarakallah Alhamdulillah segala puji bg Allah .. Anak yg Soleh & Solehah ni … Aamin2 Allahuma Aamin .. “
Lana kini juga dilihat sudah mengenakan hijab sepenuhnya. Walaupun Lana tidak menyatakan kepada umum tentang hijabnya, semoga Lana terus istiqomah hendaknya. Tenang melihat keluarga ini dan semoga Lana sekeluarga sentiasa berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lana Nodin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

