Artis / Selebriti
” Alhamdulillah for this new beginning.. ” – Maiya (Kekasih Ben Amir)
Perkongsian kekasih Ben Amir, Maiya selepas memeluk agama Islam raih perhatian ramai. Cantik dan manis orangnya. Macam dah tak lama je lagi Ben Amir nak jamu makan nasi minyak..
Meninjau ke akaun Instagram Ben Amir, posting terbaru Ben telah meraih perhatian ramai. Ben berkongsi berita gembira di mana kekasihnya seorang wanita Filipina telah memeluk agama islam pada hari ini. Ben dan kekasihnya kini berada di Malaysia.
Umum mengetahui bahawa Ben kini sudah berhijrah ke Filipina dan menetap di sana. Hubungannya dengan seorang wanita Filipina juga pernah dihidu oleh pihak media sebelum ini, namun Ben tidak mengumumkan sebarang statusnya kepada umum.
Dengan perkongsian Ben pada hari ini sudah terbukti bahawa Ben dan wanita Filipina tersebut yang dikenali sebagai Maiya merupakan pasangan kekasih. Di akaun Instagram Maiya juga turut berkongsi tentang dirinya yang kini sudah memeluk agama Islam.

Perkongsian gambar dan video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh 1 jam yang lalu. Ben juga menulis di ruangan kapsyen agar Maiya mendalami agama Islam dan belajar secara perlahan-lahan.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini dihujani dengan rasa syukur oleh warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Alhamdulillah..besar pahala Ben. Semoga hubungan korang berkekalan & semoga semuanya dipermudahkan.. good luck brother…. buat yg terbaik.. “
” Masha Allah SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar, benamirr your bakal wife dh convert with my mother in law Sittie Aishah Abdullah.. “
” Alhamdulillah . Mcm ada bau nasi minyak je nie .. Girlfriend benamir ke tu Congrats.. Alhamdullilah Welcome to Islam sister maiya.. “
” Alhamdulillah, semoga istiqomah dan mencintai agama yg indah ini.. Tahniah besar pahala ben .. semoga Allah permudahkan segala urusan awak.. “
” Alhamdulillah welcome to islam sissyyy omg.. Alhamdulillah..moga jd pemimpin & pembimbing yg baik .. Semoga ke jinjang pelamin.. “
” Alhamdulillah. Moga ditetapkan iman & dipermudahkan urusan .. Alhamdulillah.. pasni xboleh pakai seksi2 dah.. semoga dpt jd pembimbing dgn sebaiknya.. “
Hidayah itu milik Allah dan Dia memberi kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Semoga dengan memeluk Islam ini menjadi tanda kasih sayang Ilahi dan membuka lembaran baharu yang dipenuhi keberkatan serta kebahagiaan buat Maiya dan juga Ben.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Heyitsmaiya, Ben Amir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen


