Artis / Selebriti
” Alhamdulillah dah besar anak dara Ajai ni. Sama tinggi dah anak dengan ayah.. ” – Komen Netizen
Gambar Terbaru Ajai Bersama Anaknya, Danisha Curi Perhatian Warganet. Wah Dah Macam Abang Dan Adik Je. Comel Lah Anak Dan Ayah Ni !!
Faizal Maas atau lebih dikenali dengan nama Ajai bukan nama asing dalam industri seni negara. Ajai cukup terkenal sebagai komposer lagu dan kebanyakan lagu yang dihasilkan oleh Ajai pasti menjadi siulan ramai. Sebagai komposer, Ajai cukup terkenal dan berjaya.
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Ajai mempunyai 2 orang anak perempuan dari 2 perkahwinannya. Perkahwinan terdahulu bersama Noorul Wahab, mereka dikurniakan seorang anak yang bernama Ayu Nazirah. Manakala menerusi perkahwinan kedua bersama Liza pula, mereka dianugerahkan oleh Allah seorang anak perempuan bernama Danisha.
Meninjau akaun Instagram Ajai, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Ajai bersama Danisha. Pejam celik, pejam celik, Danisha sudahpun berusia 14 tahun dan membesar menjadi anak yang manis wajahnya. Wajah Danisha juga dilihat begitu seiras dengan wajah Ajai.

Tulis Ajai di ruangan kapsyennya berbunyi ‘ Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Time flies so fast ‘. Begitu lah perasaan seorang ayah apabila anak gadis sudah besar. Seronok warganet melihat keakraban Ajai dan anak gadisnya ini. Danisha pun kelihatan sama tinggi dengan Ajai, lagi nampak seperti abang dan adik.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam abang dengan adik lah.. Alhamdulillah dah besar anak dara Ajai yang ni. Semoga Allah bg yg baik2 utk Ajai.. ”
” Daddy ke dengan abang sulung tu icha, hehe. Sama tinggi dah anak dengan ayah.. Family time, bonding time.. ”
” Antara lagu ciptaan Ajai yang menjadi favourite saya.. bang, main layang-layang ke mancing ni. haha.. ”
” Sy suka lagu2 begini. Ada jln cerita ada time nk menjiwang, ada slow yg menggegar jiwa, ada high yg munasabah, x menjerit2 ulang2 bait yg sama.. ”
” Sedap Lagu tu Nyanyi live Semalam at the hardest singing show …. Ada dlm song list in the next concert x ? Hehe.. ”
Apabila anak gadis sudah meningkat remaja, ayah dan anak pasti akan lebih rapat dan boleh menjadi kawan. Ajai pula maintain awet muda, tidak begitu dimamah usia komposer terkenal ini. Untung lah Danisha ada bapa yang sentiasa kelihatan muda walaupun usia semakin meningkat.

Ayah adalah cinta pertama anak perempuan dan sudah tentu Danisha sangat bangga mempunyai ayah seperti Ajai. Semoga Danisha membesar menjadi anak yang solehah, anak yang selalu membanggakan kedua orang tua dan cemerlang dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

