Artis / Selebriti
” Alahai dah macam tengok bakal mertua bergambar dengan bakal menantu, hehe.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Sharifah Shahirah bergambar bersama Ina Naim dan anak-anak mereka, Oddah serta Hadie raih perhatian warganet. Alahai sopan je Oddah duduk sebelah Ina. Part Ina pegang tangan Oddah tu sweet sangat..
Umum mengetahui hubungan rapat antara anak kepada Ina Naim, Hadie dan anak kepada Sharifah Shahirah, Oddah sering menjadi perhatian warganet. Sejak mereka menyertai pertandingan nyanyian Talk To My Manager, dua sahabat ini dilihat semakin serasi dan telatah mereka sering mencuri tumpuan ramai.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik peminat Oddah, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pertemuan antara Ina Naim dan Shiera. Menerusi video tersebut, kelihatan kedua-duanya rancak berbual sambil ditemani oleh Hadie dan Oddah yang turut berada bersama mereka.
Bukan itu sahaja, mereka berempat turut mengabadikan moment manis dengan bergambar bersama. Perkongsian ini sekali lagi mencuri perhatian warganet yang teruja melihat keakraban dua keluarga tersebut. Ada juga yang berseloroh mengatakan Ina dan Shiera bakal menjadi besan satu hari nanti.

Bukan itu sahaja, layanan mesra Ina terhadap Oddah ketika mereka mahu bergambar juga turut mencuri perhatian ramai. Oddah pula kelihatan begitu sopan sekali di hadapan Ina. Ramai yang memuji cara mereka saling menghormati, sekali gus menggambarkan hubungan dua keluarga ini yang begitu harmoni.
Tonton video di bawah ini :
@abouttyouu_.0 yeahh 😍 [@Odda🩷🔥 &@_ehmadhadie ] #fyppp #fypp #fyppppppppppppppppppppppp #talktomymanager #oddie
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai dah tengok macam bakal besan bergambar dengan bakal menantu, hehe.. Moga2 berjodohan lah budak dua orang ni 10 tahun nanti.. “
” Beruntung Hadie ngn odda ni kdua parent saling support ank2 mreka take care psl ank mreka InsyaAllah klu bjodoh bhagia hdup pnuh kasih sayang.. ”
” Odda pun dah pakaian pun dah semakin sopan.. Sesuai gadis melayu.. Gituuuu.. Klu berjodoh insya Allah odda akan jadi wanita yg paling solehah.. “
” Perjlnan jauh lg, andai itu jodohnya andai satu ketika nanti,terima seadaanya.inshaallah hadie anak yg baik2. Ina pun seorang ibu yg baik.kita doa yg baik2.. “
” Mslh mak2 mereka sme2 cntik & awet mudaa ye.. Semoga satu hari nanti ianya berakhir dengan yang baik-baik. Jom kita ramai-ramai doakan. Insyaallah. Aamiin.. “
” Sehingga org tua kedua2 duo bestfriendtrio terlibat…. Finally moga PELANGI Kali nie kekal hingga syurga….. Moga terus maju jaya triomut Hadie dan Oddah.. “
” Hari ini aku betul2 gembira nmpk keluarga ini… So sweet semua… Love you HadieOdda. Hai aku lak yg teruja.. Ewah ewah.. “
Moment yang dikongsikan ini memperlihatkan keakraban dua keluarga yang sentiasa saling menyokong antara satu sama lain. Apa-apa pun, ramai warganet berharap agar hubungan baik antara Hadie dan Oddah, serta keluarga mereka terus berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok abouttyouu_.0
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

