Connect with us

Artis / Selebriti

” Alaaa kita nangis sini tengok. Trademark ibu dia lengguk last tu.. ” – Komen Netizen

Video Thalita berduet bersama Cakra Khan ketika majlis pelancaran Jakel Fenomena Raya 2026 raih pujian ramai. Wah, bukan kaleng-kaleng rakan duet Thalita. Suara Thalita pun makin power. Bangga Mummy Watie tengok Thalita duet dengan Cakra..

Kemunculan Thalita di pentas Majlis Jakel Fenomena Raya 2026 semalam mencuri perhatian ramai apabila Thalita berduet bersama penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan menerusi lagu popular Seluruh Cinta. Lagu tersebut merupakan lagu asal duet antara Cakra Khan dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Gandingan ini bukan sahaja menyentuh perasaan penonton, malah membuktikan bakat nyanyian Thalita yang semakin menyerlah dari hari ke hari. Apa yang paling mencuri tumpuan adalah suara Thalita yang kini kedengaran semakin merdu dan matang, persis suara ibunya.

Bukan mudah membawakan lagu ini kerana ia menuntut penghayatan emosi yang mendalam serta kawalan vokal yang tinggi, namun Thalita berjaya menyampaikannya dengan penuh jiwa, sekali gus membuatkan persembahan duet bersama Cakra Khan itu terasa lebih menyentuh hati dan bermakna.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai peminat turut berharap agar Thalita terus diberi peluang tampil di pentas besar kerana bakat dan aura persembahannya semakin matang, sekali gus menguatkan lagi legasi seni yang diwarisi daripada ibunya.

Jom tonton video di bawah :

Ramai netizen memuji lontaran vokal Thalita ketika menyampaikan lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Mummy sebak tu tp tahan dgn tepuk2 tgn.. Alaaa kita nangis sini tgk.. Terbaikk thalita persis ibumu duet yg best sngat2.. “

” Cute la dekta pandai dia kemistri kn dng pasangan duet. Setanding dng artis ada nama. Fuhhhh trademark ibu dia lengguk last tu .. “

” Cakra Khan handsome and polite person, mempersilakan Thalita utk jalan duluan saat mereka mau berjalan, Bestnya dikta.. “

” Please buat lagu untuk arwah siti Sarah di nyanyikn oleh 3 org ank arwah. Semakin best suara dekta!! You go girl Fly high dekta.. “

” Mummy suppoter terbaik Ibu pasti bangga dengan Thalita.. Congratulations thalita_shuib n well done. Ur voice sedap sangat.. “

” Terpesona tgk dekta nyanyi…asyikkkk. Sebakkk. Fly high thalita. Bila tang dya sebut PERASAAN KU tu sebijik suara mak dya.. “

” Sebak plak tgk dia nyanyi.. Gaya kaki dan tgn tu persis arwah ibunya.. Halahh helok je budak kecik ni nyanyi.. siap lenggok gerak geri gaya sopan dia… “

Duet antara Thalita dan Cakra Khan ini bukan sahaja memukau penonton, malah membuktikan potensi besar buat Thalita sebagai bintang muda berbakat. Semoga Thalita terus sukses dan berjaya mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam industri tanah air.

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8Buzz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak