Connect with us

Artis / Selebriti

” Alaaa comelnya Fatima, sopan je bersalam tu. Kamal nampak macam rindu anak je.. ” – Komen Netizen

Video gelagat anak Fazura, Fatima bersalaman dengan semua duta Jakel di majlis fesyen raih pujian ramai. Bagusnya didikan Fazura, Fatima hormat pada orang yang lebih tua. Namun wajah Kamal ketika melihat Fatima pula jadi perhatian warganet.. 

Semalam telah berlangsungnya satu majlis fesyen Jakel untuk edisi 2026. Ketika majlis itu juga, secara rasminya diumumkan kolaborasi antara Fazura x Jakel. Ianya satu kejutan daripada pihak Jakel dan kehadiran Fazura serta anaknya, Fatima meraih sorakan daripada tetamu yang hadir.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Cik Epal dan Farahanimrazak, telah dikongsikan video yang memaparkan moment ketika Fazura memperkenalkan duta Jakel yang juga rakan artisnya kepada Fatima sebelum mereka duduk di kerusi yang disediakan.

Que Haidar, Kamal Adli, Cik Epal, Ammar dan Achey serta keluarga antara yang terlihat di barisan hadapan. Seorang demi seorang diperkenalkan oleh Fazura dan Fatima bersalaman dengan semua rakan-rakan mummynya itu. Adab yang Fatima tonjolkan ini meraih pujian daripada warganet.

Namun dalam asyik memerhati gelagat Fatima, ada juga yang menyedari reaksi wajah Kamal ketika melihat telatah Fatima itu. Ramai yang membuat tanggapan Kamal sedang mengenangkan anak kesayangannya, Hawra Uqaira. Tentu berbagai perkara yang bermain di fikiran Kamal pada ketika itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Mesti Kamal teringat anak dia kan, senyum dalam tangisan.. Jauh di sudut hati seorg ayah pasti bygkan anak sndri ble dh bsr mcm Fatima.. “

” Terbaik didikan Fazura pada Fatima…. hormat org lain.. Sian tgok kamal… gembira tgok faz ngn anak dia npk bhgia ceria.. ya Allah hadirkan kbhgiaan buat smua hambamu ya Allah… Aamiin.. “

” Cute nya, comel fatimah, tak jemu tgk video nie berulang-ulang kali.. Kamal nampak rindu anak ye.. “

” Tgk Fatima ni kita tau Faz ajar dia etiket…sbb tu nmpak Fatima very trtib tingkah laku dan very polite… untung Fatima.. “

” Makin cantik si Fatimah mami dia juga ajar dia beradab seperti cara orang tua-tua dahulu ajar anak mereka. Lain orang lain cara ajar anak hasil didikan juga berlainan I suka cara Faz.. “

” Bagus mamy Faz ajarkan Fatima hormat orang tua… Comelnye.. bgus fazura ajar fatima adab.. Mesti kamal pun teringat pada hawra tu.. “

” Alaaa tomeynya fatima.. sopan je bersalam tu… Adab… Bagusnya… Faz ajar anaknya bersalam dan berkenalan dgn kwn2 mamanya.. Kesian tengok muka kamal dia rindu anak dia.. “

Fatima dididik dan diasuh dengan baik dan kerana itu Fatima mempunyai adab sopan yang tinggi pada usia ini. Mungkin juga tanggapan warganet mengenai Kamal melihat Fatima dan mengenangkan Hawra ada benarnya. Apa-apa pun, semoga semua berbahagia bersama anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Cik Epal, IG Farahanimrazak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Elianto Skin Tint

Trending

Copyright © Berita Kopak