Artis / Selebriti
” Alaa dia tukar lagu ke, baru excited nak tengok Liza bawa lagu Jauh Di Sudut hati.. ” – Komen Netizen

Video Liza Aziz sedang buat soundcheck rehearsal untuk konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 11 buat ramai keliru. Alamak, hari tu dapat lagu Sudirman, lepas tu tukar lagu Chaka Khan. Masa soundcheck menyanyi lagu ni pulak, confuse lah..
Meninjau ke akaun Tiktok Astro Malaysia, perkongsian sebuah video yang memaparkan Liza Aziz ketika soundcheck rehearsal untuk konsert Gegar Vaganza minggu yang ketiga telah meraih perhatian ramai. Liza Aziz merupakan peserta pilihan ramai untuk musim kali ini.
Menerusi video ini, Liza menyanyikan lagu Inggeris yang berjudul I Will Survive. Ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi pada minggu lepas, Nabil Ahmad dan Jihan Musa memaklumkan peserta yang mendapat top 5 diberi keistimewaan untuk tukar lagu tugasan pada minggu ini.
Tema untuk minggu ini adalah Ceritera yang mana lagu-lagu tugasan yang diberikan harus mempunyai kaitan dengan kisah hidup mereka. Sebelum ini Liza telah diberikan lagu Allahyarham Sudirman yang berjudul Jauh di Sudut Hati. Ramai peminat menantikan Liza menyanyikan lagu tersebut.
Menerusi pengumumkan di portal Gempak, lagu tugasan Liza telah ditukarkan kepada lagu Chaka Khan yang bertajuk Ain’t Nobody. Tetapi video soundcheck rehearsal pula memaparkan Liza menyanyikan lagu lain. Ini mengelirukan warganet terutama sekali peminat Liza sendiri.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@astromalaysia Jom layan Gegar Vaganza 2024 setiap Ahad, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka! #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroBaharu #fyp #JomUsha
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Hati aku kuat mengatakan liza aziz adalah johan yg akan dinobatkan dlm GV11. Kata lagu jauh di sudut hati.. Mcm ni menang lagi.. “
” Mana lagu allahyarham Sudirman_jauh di sudut hati? ala kenapa tukar, nak lagu sudirman.. Lagu ni makanan dia la, tak mencabar.. “
” Dia tukar lagu, Ingatkan lagu Sudirman hmm.. kak liza ni punya suara bgini bah,,hrap kak liza x salah pilih lagu agar sentiasa top 3 insyllah.. “
” Alaa dia tukar lagu ke..baru excited nak tgk liza bawa lagu jauh disudut hati.. bukan ke ari tu mcm liza aziz ni kata mmg dia request nak nyanyi lagu sudirman tu ke? “
” Lagu favorite dia ni….. Tak sabar nak tgok esok.. .JAUH DISUDUT HATI lagi yg penuh bermakna buat Liza…kerna lagu sahabat baik dia Arwah sudirman… pasti PADU esok .. “
” Tolong la jangan la letak penyanyi yg bagus2 ni kat hujung persembahan. Dah 2 minggu dah liza aziz ni dok perform hujung. Jenuh menunggu.. “
” Aik ni i will survive plak , mane 1 lagu dia.. Tue la…tpi teringgin nak dgr kak liza nyanyi lagu Arwah Dato Sudirman.. “
Adakah ini hanya gimik daripada pihak Astro. Pastinya ramai tidak sabar untuk menantikan konsert Gegar vaganza pada minggu ketiga ini. Sama-sama kita nantikan lagu mana yang akan disampaikan oleh Liza pada malam ini dan adakah Liza masih kekal menjadi juara mingguan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Malaysia, Portal Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen