Artis / Selebriti
” Ala kenapa Bella menangis, sedih tengok Bella menyanyi sambil menangis.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah menangis ketika sedang membuat persembahan di Sandakan, Sabah buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Bella..
Bella Astillah nama yang cukup dikenali dan dia juga digelar ‘superwomen‘ dan ‘iron lady’ oleh MP Muar, YB Syed Saddiq. Rezeki Bella mencurah-curah dan sejak awal tahun lagi, Bella sentiasa sibuk dengan pelbagai program dan majlis khas serta menjadi duta banyak produk.
Meninjau entry di akaun Tiktok Kak Long Cantik, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Bella ketika berada di Sandakan. Bella tampil cantik dan anggun dalam busananya. Ramai juga yang memuji penampilan Bella yang sopan pemakaiannya.
Untuk acara ini, Bella menghiburkan semua penonton yang hadir dengan suaranya yang gemersik. Menerusi video perkongsian ini, Bella menyampaikan lagu dendangan asal Ernie Zakri dan Govinda berjudul Masing Masing. Suara Bella yang lunak dan merdu sesuai dengan tone lagu ini.

Apatah lagi lagu ini seperti dekat dan kena dengan kisah hidup Bella yang penuh duri dan ranjaunya. Melihat Bella menyanyi sambil menitiskan air mata, ramai yang tersentuh dengan persembahannya itu. Penghayatan Bella mampu meruntun hati semua yang melihatnya.
Jom tonton video di bawah :
@kak.long.cantik Wanita Syantikkk sudah datang Sandakan.. #bellaastillah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haishh… aku bukan boleh tengok bella nangis.. sebab aku ikut nangis.. sebab bait2 lirik lagu tu sampai dlm jiwa aku sbb aku pernah rasa ‘sakit’ itu seperti bella alami.. “
” Adui dia bukan nangis sbb kisah lalu tp sebak sbb sambutan org ramai dgn dia. Tangisan happy org bilang.bella dah move on dr kisah lalu.. “
” Dia terbaru sebab bersyukur bnyak insan2 yang baik sayangkan dia, itulh penguat semangat hidup dia juga, seperti kita inilah.. “
” Bella nangis gaisss.. mesti sakit dan trauma tu masih ada.. Bukan sekali tersakiti tapi banyak kali.. Kami pun tadi sebak nampak Bella nangis.. “
” Ala kenapa Bella nangis.. Kita tengok pun rasa sedih juga.. sedih tengok Bella nyanyi sambil menangis.. dia punya semangat hidup luar biasa.really inspired us.. “
” Ernie nyanyi lagu ni mmg sdp tp tak terasa sedih. tp bila bella bwk lagu ni kita masuk skali dlm lagu ni. sedih wehh. suara dia Ade emosi sedih bila bwk. sedap suara bella.. “
” Sedih tengok Bella nangis.. mungkin sebab hati masih berparut sebab tu bella masih terkesan. Respect dekat Bella, superwomen.. “
Kirik lagu ini sememangya teramat mendalam dan apabila suara Bella yang mengalunkan lagu ni, rasa sedih dapat dirasakan oleh semua pendengar. Apa-apa pun, semoga Bella akan selalu bahagia dan gembira dengan kehidupannya sekarang bersama insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kak Long Cantik
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

