Artis / Selebriti
” Aku tak pi dah kedai tu sampai la ni walaupun aku tau kedai tu masih ada.. ” – Syatilla Melvin
Video Syatilla Melvin Throwback Kisah Yang Terjadi Di Sebuah Kedai Makan Ketika Berusia 19 Tahun Buat Ramai Terhibur. Alamak Boleh Pulak Tilla Ingat Ice Blended. Lawak Betul Lah, Malu Tu Sampai Ke Hari Ni Tak Hilang-Hilang Lagi, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pelakon Syatilla Melvin pasti mengetahui yang Syatilla tidak aktif lagi dalam dunia lakonan selepas mendirikan rumahtangga dan sekarang lebih menumpukan perhatian terhadap perniagaan kosmetik bersama adik-beradiknya yang lain.
Syatilla suka membuat video live di akaun TikTok. Sambil mempromosikan produknya, Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla suka berkongsi cerita tentang dirinya kepada peminat-peminatnya. Meninjau di akaun TikTok milik fatinhananie telah dikongsikan video live Tilla yang terbaru.
Menerusi video itu, Tilla menceritakan peristiwa ketika usianya baru 19 tahun. Pada waktu itu Tilla berada di sebuah restoran dan Tilla ternampak paparan tulisan mengatakan ‘Wifi ada di sini ‘ . Kata Tilla lagi, dia tidak faham maksud ‘wifi’ kerana dia hanya seorang budak kampung yang tidak tahu apa-apa.

Namun, kerana ingin tahu, Tilla pergi bertanya kepada seorang pekerja restoran tersebut dan bertanya maksud ‘wifi’. Paling melucukan apabila Tilla juga salah menyebut sebutan ‘wifi’ itu. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet dan hingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@fatinhananie Replying to @blood_bloody30 ok ni sambungan yang korang dok mintak mintak tu😆 #fyp #tiktokviral #racuntiktok #adikberadikthemelvin #syatillamelvin
♬ original sound – Kekasih fatin hananie – Kekasih fatin hananie
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar cerita yang dikongsikan oleh Syatilla tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Abg,wifi ni apa.. Tengok muka dia wei HAHAHAHA .. Lawak sungguh la hang Tilla, tak jemu dengaq hang cita, hahahahaha.. “
” Nasib baik Sam tak buat hang cam watak dia dlm takdir itu milik aku.. Hahaha klu tak jenuh hang kena maki ngn Sam.. “
” Hang ni kannn Tillaaa kami punya lah tak mau gelak berdekahh kuat2 time2 Ramadhan ni.. Kami kalo bulih nk berzikir sajaa.. “
” Kahkahkah.. Aku dh tk g kedai ni wlaupn aku thu kedai tu msih ada.. Malu dia sampai ke hari ni tak hilang-hilang lagi, haha.. “
” Zaman motorola razr.. Aku kenai laki aku zaman motorola L7 dgan nokia 5300, haha time hype gil4 ea 2 phone ni lg2 nokia tu.. Haha.. “
” Syok betul kalau tengok Tilla ni cerita, dengan siap buat muka dia lagi haha.. Dapat bayang time tu Tilla macam mana, hahaha.. “
” Budak paglima mmg mcm tu, confident yang ada dekat Tilla tu tak ada dekat sapa2, hahaha.. Tak pa kurang2 tu lah kenangan yang sangat indah kalau dikenang, hahaha.. “
Tilla kalau tak kelakar memang tak sah kan, boleh pula dia bayangkan ‘wifi’ tu ice blended. Siap buat mimik muka lagi sambil bercerita. Part Tilla cakap sampai sekarang dia sudah tak pergi restoran tersebut gara-gara malu dengan kejadian itu memang lawak sangat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok fatinhananie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen




