Artis / Selebriti
” Aku sing along lagu ni pun tak lepas, dia hembus gitu je lagu Damelo ni.. ” – Komen Netizen

Video sesi rehearsal Liza Aziz untuk konsert Gegar Vaganza minggu 7 buat ramai teruja. Wah masa rehearsal pun sedap lagu Damelo versi Liza Aziz. Macam senang je nampak Liza menyanyi lagu kumpulan Dolla ni, gempak lah..
Meninjau ke akaun Tiktok Astro Malaysia, satu video ketika sesi rehearsal konsert Gegar Vaganza minggu ke 7 telah dikongsikan. Dalam video tersebut memaparkan Liza Aziz sedang menyanyikan lagu yang ditugaskan pada minggu ini berjudul Damelo.
Lagu ini merupakan lagu kumpulan Dolla dan ia berentak sangat rancak. Pastinya ramai yang menyangkakan agak sukar buat Liza yang berusia 61 tahun untuk menyanyikan lagu sebegini. Tetapi apabila menonton video ini, ia bukanlah satu masalah buat Liza untuk menyahut cabaran.
Liza boleh menyanyikan lagu ini dengan begitu mudah walaupun memerlukan sebutan yang cukup laju. Tentu ramai tidak sabar menantikan persembahan Liza pada malam ni. Baru dapat mendengarkan sedikit sahaja nyanyian Liza sudah cukup membuatkan kita berasa teruja.
Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sehingga ke minggu ini Liza berjaya menyahut apa jua cabaran lagu yang diberikan kepadanya. Persembahan Liza sentiasa memukau juri dan penonton-penonton.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@astromalaysia Jom layan Gegar Vaganza 2024 setiap Ahad, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka! #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroOne #fyp #JomUsha
Di ruangan komen, ramai yang menunjukkan rasa teruja apabila mendengar nyanyian Liza ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mak aii.. aku sing along lagu ni pun tak lepas… dia hembus gitu je lagu damelo ni.. mmg legend la.. Skali liza aziz yang ganti shasha join Dolla.. “
” Dapat kat Liza Aziz ni silap2 lagi best dari original version. Can’t wait.. Suara macam Liza ni dia tak perlu bergelek sakan dah buat aku nak ikut menari.. Suara level2 Aretha, Diana King.. “
” Tadi tengok full dressed rehearsal dia nari gempakkk jgak….korang tgk jee la live esok cm ne.. Terpelanting yang lain.. “
” Sedap suara kak liza, tak sangka umur 60an, tapi tenaga mcm org muda, respect betul lah, harap k. Liza jadi juara .. Terbaik.. “
” Mantap tk paysh menari sgt goyang sikit je vokal dan persembahan yg utama.. kalau kak Liza dance lagu ni kejap lagi..mesti viral seminggu.. “
” Letops kebabom our queen..much much much better superb diction suitable good my queen…da da da melo.. bungkus la yg lain ni mak suka nyah.. kebabom.. “
” See I told u all.. She can sing any genre! this is not because I’m fanatic to her.. But I knew her background!.. her experiences.. her passionate in music.. “
Jika kita melihat persembahan Dolla, lagu dinyannyikan sambil menari. Adakah Liza akan menari ketika persembahannya pada malam ini. Pastinya ramai mengharapkan sedemikian. Apa-apa pun, semoga berjaya buat liza Aziz untuk persembahan pada malam ini.
Silakan SHARE..
Sumber : TT Astro Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Viral7 days ago
” Rupanya itu petanda dia dah nak pergi. Dia dah rasa tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dariya jangan kantoikan abah, part lap tisu kat mulut si abang tu terus pecah gelak.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Viral4 days ago
” Dia tiba-tiba nak belajar makeup sebab nak nampak cantik masa praktikal nanti. Dan dia ulang ayat tu lagi.. ” – Rakan Arwah Nurly