Artis / Selebriti
” Aku risau Tiara telan microfon tu weh, besau nau bukak mulut nyanyi tu.. ” – Komen Netizen

Video anak Achey, Tiara Zinnirah menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya di hadapan ramai orang buat warganet terhibur. Alahai comelnya Tiara menyanyi lagu ni, confident betul. Berpeluh Achey berjoget nak ikut rentak Tiara menyanyi, hehe..
Meninjau ke akaun Tiktok Ratna Srikandi, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak Achey Bocey iaitu Tiara Zinnirah menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya telah meraih perhatian ramai. Tiara diminta oleh Erra Fazira untuk menyanyikan lagu raya.
Apa yang menarik Tiara tanpa segan silu terus menyanyi walaupun tanpa iringan muzik. Tiara menyanyi dengan penuh confident walaupun lari daripada tempo asal lagu tersebut. Comel sungguh suara nyanyian Tiara walaupun liriknya salah.
Achey dan Erra yang berada di sebelah Tiara memberikan sokongan penuh kepada Tiara ketika menyanyi. Ini bukanlah kali pertama Tiara menyanyi di hadapan ramai orang. Sebelum ini, Tiara pernah berduet bersama bapanya ketika di dalam program MeleTOP.
Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tiara kelihatan sangat comel mengenakan baju berwarna coklat dan berkain hitam. Rambut Tiara pula diletakan penyepit rambut yang comel.
Jom tonton video di bawah :
@ratnasrikandi769 #bbmterpalingraya @Fazira Wan Chek @ʙᴇʀsᴀᴍᴀᴇʀʀᴀ #tiara masih setia dgn lagu @Aisharetno raya 2025 #ketipakketipungraya
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar persembahan Tiara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Satu2nya anak artis yg bebas melalui zaman kanak2.. .hidup tiara jelas fitrahnya sebagai kanak2..berbahagia dgn cara sendiri itu lebih indah.. “
” Simple but comel tiara ni.. kesayangan ramai.. semoga sentiasa murah rezeki buat abang achey, kak anne dan adik tiara.. “
” Tiara nyanyi live weyh…. malu la artis yg selalu.miming tu hahahaha.. berpeluh bpk nk ikut rentak.. Comel tiara.. tiara gambaran kanak2 sebenar.. “
” Tak semua kanak2 sebaya Tiara ni berani buat persembahan depan orang ramai.. klu Tiara bertanding dlm mana2 Anugerah ank cilik popular, aunty akn undi Tiara oceyyyy.. “
” Tiara semua ori x pyh nk mekap nk bju lip lap…smoga yg baik2 ja utk awk..Jd anak yg solehah utk ayah n mama.. klo jmpe tiara ni nk peluk blh x? Comellll.. “
” Random betul tiara, dia dlm dunia dia je.. hahaha ak risau tiara telan microfon tu wehh besau nau bukak mulut nyanyi tuu.. “
” Kenapa Achey sikatkan rambut Tiara Tu? heheheh perli netizen eh.. aku enjoy sangat .. very cute lah tiara .. selamba je. ayah tiara dah boleh retire jadi pelawak.. good job taira.. hiburkan kita semua.. “
Tidak ramai kanak-kanak yang sebaya Tiara berani tampil di atas pentas apatah lagi untuk membuat persembahan secara spontan. Semoga Tiara Zinnirah membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang yang solehah serta berjaya dalam kehidupan.. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ratna Srikandi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen