Artis / Selebriti
” Aku rasa nak lempang je kau Bell time ni, nasib baik ending tu.. ” – Komen Netizen

Video behind the scenes babak Bell Ngasri memarahi seorang peminta sedekah dalam iklan Pak Mat Western raih perhatian ramai. Memang menyirap tengok Bell marah pakcik tu, real sungguh Bell maki. Tapi tak sangka last-last tu, ini yang Bell lakukan..
Bell Ngasri bukan nama baru dalam industri seni tanah air. Bell antara pelakon senior yang sudah berpuluh tahun berjinak dalam dunia lakonan. Tidak hanya drama, Bell juga terlibat dalam iklan-iklan produk dan salah satunya adalah produk berasaskan daging kambing perap, Pak Mat Western.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan behind the scenes ketika salah satu babak lakonan Bell dalam iklan itu dijalankan. Babak yang mana Bell ingin memberi sedekah kepada seorang lelaki tua, namun dihamburkan kata-kata hinaan membuatkan ramai yang sebak.
Walaupun itu hanyalah lakonan, tetapi lakonan Bell kelihatan begitu real. Ekspresi wajah dan lontaran dialog Bell begitu menyentap hati. Tidak perlu banyak-banyak shoot, sekali jalan sahaja Bell mampu memberikan lakonan yang terbaik untuk babak ini.
Setelah selesai babak memaki hamun lelaki tua itu, Bell segera memohon maaf dan mengatakan itu semua hanyalah lakonan dan gurauan sahaja. Risau juga Bell sekiranya ada yang terguris hati dengan kata-kata yang diucapkan. Bagus Bell kerana ada common sense yang tinggi, yang penting Bell seorang yang beradab.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku dah ready nak selotep mulut di Bell ni haha.. Mamat ni kerek dah sekarang. Dulu masa dalam Cili Padi dia selalu jadi mangsa buli. Geram pula aku tengok dia ni.. “
” Adoi sedih ooi kalau tengok dari sisi pakcik tu. nasib baik ending minta maaf balik.. kalau tak aku lepuk kepala kau bell haha.. “
” Bell terbaik lah.. lepas berlakon minta maaf balik.. Tapi sedih wooi kalau ada orang cakap macam tu dekat orang tua.. “
” Kau memang padu Bell tapi vibes lucu tu memang tak boleh hilang.. nasib baik pakcik tu cool kalau tak.. haha.. “
” Nasib pakcik tu baik . dapat orang yang lain Dari yang lain.. mau diketuk koleh tu kat kepala bell.. “
” Memang betul-betul pelakon serba boleh.. semua watak boleh bawak.. pengalaman berlakon pun bukan calang² dari kecik dah berlakon.. Terbaik la bell.. “
” Memang padu awak Bell.. rasa aku nak lempang je kau Bell time ni. Bell bab menyakitkan hati nombor 1 haha.. “
Nama pun pelakon berbakat besar, Bell betul-betul in character dan lakonannya itu nampak sangat real. Pujian hari diberikan kepada Bell keran aselepas selesai babak yang menyakitkan hati itu terus Bell meminta maaf kepada lelaki itu. Bell memang beradab tinggi dan wajar dijadikan contoh untuk semua pelakon lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwesterncafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen